‘Jatuh tapi tidak pernah musnah”.
Demikian pendapat penyanyi dan pelakon sensasi, Aliff Aziz apabila memaklumkan dia kini mahu bangkit kembali di tahun 2025.
Katanya, walaupun pelbagai kontroversi menimpa dirinya pada tahun lalu, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk kembali semula dalam industri.
“Forged in fire. Fallen, but never broken.
“2025, bangkitnya diriku yang baru. This is my rebirth,” tulisnya.
Perkara itu dikongsi Aliff menerusi Instagram miliknya.
Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah, Aliff kelihatan hanya meninggalkan satu sahaja foto miliknya pada platform tersebut.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut penyanyi itu meninggalkan respons positif buat sekaligus berharap Aliff terus cemerlang dalam karier seninya.
Dalam masa sama, ibunya, Siti Hafizah Sheikh Mohamad turut membalas setiap komen berkenaan dengan doa dan berharap agar urusan anaknya sentiasa dipermudah.
Sepanjang tahun 2024, nama Aliff Aziz antara yang menjadi sorotan apabila kes khalwat melibatkan dirinya dan pelakon Ruhainies mengejutkan ramai pihak.
Malah, isu tersebut menyebabkan bekas isterinya, Bella Astillah memfailkan perceraian sehinggalah pada 13 Jun 2024, pasangan tersebut sepakat untuk berpisah di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Sehingga kini, kes berkaitan masih dalam prosiding Mahkamah.
ARTIKEL BERKAITAN:Minta Cadangan Netizen Pujuk Wanita Merajuk, Aliff Aziz Ucap Terima Kasih – “It Worked! You Guys Are Fire”
ARTIKEL BERKAITAN:“Tak Perlu Tunggu Jadi Baik” – Aliff Aziz Ajak Peminat Selawat 1,000 Kali Sehari
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Kesal Aliff Aziz Difitnah Bakal Rujuk Dengan Bella Astillah – “Dosa Yang Sangat Berat…”
ARTIKEL BERKAITAN:Pakai Topi Huruf ‘R’, Penampilan Aliff Aziz Curi Perhatian
ARTIKEL BERKAITAN:Adik Ruhainies Tarik Diri Jadi Penjamin Aliff Aziz Berhubung Kes Khalwat
ARTIKEL BERKAITAN:Kes Khalwat Bersambung Februari 2025, Aliff Aziz & Ruhainies Pilih Kunci Mulut… Enggan Ditemubual Media