Impian untuk melangkah ke pentas Akhir Famili Duo Musim keempat nampaknya tidak berpihak kepada dua pasangan duo pada kali ini.
Menyaksikan persembahan adik beradik, Zahid dan Anne serta pasangan sepupu, Naqiu dan Joey, kedua pasangan ini nampaknya ‘kurang’ memberi persembahan yang memuaskan.
1. Zahid & Anne
Lagu: Madah Berhelah, Malam Ini Kita Punya & Ku Petik Bintang
Mas Idayu:
“Untuk Anne dan Zahid, malam separuh akhir ni mummy tak nampak macam malam separuh akhir.
“Untuk Zahid, saya tak ada masalah sangat. Tapi untuk Anne lagu Ziana Zain tadi genre sama. Lagu ni powerful tapi ada tempat perlu dimaniskan, tadi memang tak ada rasa.
“Untuk persembahan biasa sahaja tak ada kejutan.
Dalam pada itu, pelantun lagu senggol-senggolan ini menyifatkan persembahan separuh akhir yang dipamerkan oleh pasangan adik beradik ini tidak mencukupi untuk berentap di pentas akhir.
“Awak tahu tak, tadi ‘energy’ awak datang dari mana? Zahid saya tak ada masalah. Tapi kena fikir umtuk performance separuh akhir untuk pergi ke final.
Datuk Rosyam Nor:
“Zahid dan Anne, malam ni separuh akhir performance mainkan peranan begitu besar. Kreativiti, idea, konsep patut lebih besar untuk bersaing dengan peserta duo yang lain.
“Kita buat persembahan back up perlu power. Macam penari awak langsung tak ada energi langsung.
“Anne banyak sangat kekurangan. Memang saya tak boleh menyanyi tapi saya boleh mendengar. Lepas ni, pilih lagu yang awak boleh bawa dan nyanyi dengan baik.
2. Naqiu & Joey
Lagu: Terhangat Di Pasaran & Inilah Nasibku
Mas Idayu:
“Mummy nampak effort apa yang mereka buat. Sanggup memalukan diri sendiri. Menjadi sebab kita tengok pun kita malu.
“Setakat ini separuh akhir belum mencukupi. Saya suka tengok persembahan tapi nyanyian banyak yang kurang. Apapun, anda ada effort dan cuba buat kelainan.
Datuk Rosyam Nor:
“Ini malam separuh akhir patutnya performance lebih baik dan hebat compare sebelum
Ini memandangkan duo yg lain mempamerkan persembahan yang hebat. Yang ini ada kekurangan.
“Tapi, saya terhibur dengan persembahan lawak jenakanya dan lagu yang disusun. Apapun good luck semoga sampai di final,” katanya.
Untuk minggu ke-7, pasangan sepupu, Ayie dan Salma telah dinobatkan sebagai pasangan Duo Terbaik sekaligus membawa pulang wang bernilai RM10,000.
Berikut senarai line up yang berjaya berentap di pentas akhir Famili Duo Musim Ke 4 pada 15 Disember depan.
1. Tomok & Shahrul Kamal
Lagu: Asmaradana, Sutera
@tv3malaysia Lain lah feel stage malamni bila diorang bawakan lagu Aisha dengan Datin Tiara memang menyala stage malamni 💥 #FamiliDuo | Setiap Ahad | 9 malam di TV3! Korang jangan lupa subscribe Tonton untuk mengundi Duo pilihan korang sehingga 150 kali seminggu tau! Korang juga berpeluang untuk menang Samsung Smart TV 65 inci dengan meneka Duo terbaik mingguan!!! 😍 Strim secara langsung melalui Tonton! #FamiliDuo #BerduoLebihBaik
2. Ayie & Salma
Lagu: Andai Ku Bercinta Lagi & Jangan Khianati Aku
@tv3malaysia Ini kerja⚡️GILAAAZ⚡️!! Memang on fireeee banyakkk betul action and extreme bethol perfomance duo Ayie & Salma malamni guys fuhh 🤯 #FamiliDuo | Setiap Ahad | 9 malam di TV3! Korang jangan lupa subscribe Tonton untuk mengundi Duo pilihan korang sehingga 150 kali seminggu tau! Korang juga berpeluang untuk menang Samsung Smart TV 65 inci dengan meneka Duo terbaik mingguan!!! 😍 Strim secara langsung melalui Tonton! #FamiliDuo #BerduoLebihBaik
3. Shiha & Ieda Zikir
Lagu: Buke Chudiyan & Say Shava Shava
@tv3malaysia Ni memang makanan Shiha lah kalau Bollywood tapi Ieda pun sama sama naik malamni 🔥 #FamiliDuo | Setiap Ahad | 9 malam di TV3! Korang jangan lupa subscribe Tonton untuk mengundi Duo pilihan korang sehingga 150 kali seminggu tau! Korang juga berpeluang untuk menang Samsung Smart TV 65 inci dengan meneka Duo terbaik mingguan!!! 😍 Strim secara langsung melalui Tonton! #FamiliDuo #BerduoLebihBaik
Famili Duo 4 dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Sharif Zero sebagai hos program manakala kerusi juri pula diduduki oleh figura hebat, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor.
Enam pasangan yang bersaing dalam Famili Duo 4 adalah Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik), Zahid & Anne (adik-beradik), Ayie Elham Floor 88 & Salma Asis (sepupu), Tomok & Sharul Kamal (sepupu), Didi Astillah & Thamiera Chan (sepupu) dan Naqiu & Joey Daud (sepupu).
Mereka bersaing selama lapan minggu bagi merebut gelaran juara yang menawarkan hadiah wang tunai RM100,000.
Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri dengan pemarkahan sebanyak 70 peratus dan undian atas talian melalui Tonton (30 peratus). Pemenang mingguan membawa pulang gelaran Duo Terbaik bersama wang tunai bernilai RM10,000.
Jangan lupa saksikan Famili Duo 4 yang bersiaran selama lapan episod bermula 20 Oktober 2024, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store.