Fara Mendoza bergelek di kelab malam, nama bakal isteri Shuib ‘dipetik’ netizen

Fara Mendoza bergelek di kelab malam, nama bakal isteri Shuib ‘dipetik’ netizen

Perkongsian influencer kontroversi, Fara Mendoza yang memuat naik video sedang berhibur di kelab malam telah menarik perhatian netizen.

Mana tidaknya, dia dan rakan-rakan dilihat berpakaian seksi sambil sakan menari disaksikan pengunjung yang berada disana.

@faramendozaa

#Faramendoza #Bemyself #2023

♬ original sound – FaraMendozaReal – FaraMendozaReal

Namun begitu, menerusi ruangan komen, netizen dilihat telah ‘memetik’ nama bakal isteri kepada Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah.

Menurut mereka, Watie merupakan antara rakan kepada Fara Mendoza sebelum ini.

Sama ada mereka masih berteman ataupun tidak ia masih belum dapat dipastikan tetapi sosok Watie tidak kelihatan ketika Fara dan rakan-rakannya yang lain berhibur di kelab malam.

Ada juga netizen yang meluahkan rasa syukur kerana Watie sudah diselamatkan ‘Shuib’ yang mana mereka bakal disatukan tidak lama lagi.

 

Walau bagaimanapun, ramai juga netizen mendoakan agar Fara Mendoza dan rakan-rakannya diberi hidayah agar dapat berubah menjadi lebih baik di masa akan datang.

Sebelum ini, Fara Mendoza yang juga merupakan seorang pelakon pernah mengakui bahawa membuat pembedahan kecantikan di beberapa bahagian tubuhnya untuk kelihatan lebih menarik. Dia juga enggan hipokrit menafikan perkara tersebut kerana mahu menjadi diri sendiri.

Sumber: Instagram Fara Mendoza