Pelakon Farah Nabilah kembali berlakon selepas tujuh tahun berehat namun suaminya, Mohammed Amirul Yunus tetapkan syarat sebelum menerima tawaran.
Memetik mStar Online, Farah berkata suaminya menetapkan syarat tidak boleh melakukan babak bersentuhan dengan pelakon lelaki serta mengelak watak antagonis.
BACA: Farah Nabilah Berhijab Penuh, Peminat Doa Semoga Istiqamah
“Ya syaratnya tak boleh berpegangan. Bagi saya babak romantis boleh saja menjadi tanpa sentuhan, kalau betul-betul menghayati watak dan lontarkan dialog.
“Karakter yang dibawa pun mungkin menjadi seorang ibu dan bukannya penyondol. Sebenarnya suami pun tak beri saya berlakon watak antagonis.
“Katanya anak-anak tengok TV, nanti mereka tak boleh bezakan antara lakonan dan realiti. Ada saja tawaran tapi wataknya terlalu jahat bercanggah dengan prinsip saya,” katanya.
Menurutnya lagi, keputusan untuk kembali berlakon memandangkan anak-anak semakin membesar dan suami turut memberi dorongan.
“Suami saya pun beri dorongan. Dia kata saya asyik berlakon di rumah saja. Kalau macam mood saya tak baik, suami akan tanya tengah berlakon ke? Ramai ingat saya dah berhentu berlakon, saya tak berhenti hanya berehat,” katanya.
Sumber: mStar Online
