Fattah Amin beri bunga setiap hari buat ‘rakan sekerja’ -“Balong korang paling sweet!”

Fattah Amin beri bunga setiap hari buat ‘rakan sekerja’ -“Balong korang paling sweet!”

Nampaknya, pelakon Fattah Amin beri bunga setiap hari buat ‘rakan sekerjanya’, Amira Othman yang sedang dirawat di hospital.

Fattah Amin beri bunga lagi buat Amira

Kali ini, Amira telah berkongsi hantaran di Insta Story dengan mengucapkan terima kasih kepada aktor kacak berkenaan kerana memberinya bunga lagi.

Fattah Amin beri bunga

Fattah Amin beri bunga, Amira ucap terima kasih

Dalam hantaran tersebut, dia telah menunjukkan bunga-bunga yang diperoleh daripada Fattah serta pengurus pelakon itu dengan ucapan agar segera sembuh.

“Terima kasih  balong. Balong korang is the sweetest. Lain hari lain bunga katanya,” tulis Amira ringkas.

Semoga cepat sembuh ‘rakan sekerja’ Fattah Amin

Sebelum ini, Fattah Amin telah berkongsi gambar Amira Othman di Instagram miliknya dengan mendoakan agar selebriti itu segera sembuh selepas dimasukkan ke dalam wad susulan kurang sihat.

“Semoga cepat sembuh ‘rakan sekerja’,” tulis Fattah.

Artikel lain: Fattah Amin nak tergelak dengar gosip bertunang dengan Amira Othman

Terdahulu, gosip mengatakan mereka bertunang telah menjadi bualan ramai susulan keakraban mereka yang terlihat kerap bersama bekerjasama dalam beberapa projek.

Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka menafikan dakwaan tersebut dan mengatakan mereka hanyalah rakan sekerja walaupun ramai yang mendoakan agar kedua-dua selebriti itu berjodohan.

Sumber: Instagram amiraothman, fattahaminz

Scroll to Top