Pelakon dan usahawan popular, Fattah Amin mencuri perhatian apabila ibunya, Azizah Abdul Ghani dilihat mengusik anak lelakinya ketika sedang melakukan sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Menerusi perkongsian video yang tular, Fattah bersama adik dan ibunya sedang mempromosikan tudung Azizah keluaran syarikat miliknya.
Namun, apa yang mencuri perhatian, tindakan ibu Fattah yang spontan menjawab persoalan yang diajukan anaknya itu mengejutkan ramai peminat.
“Gaya tudung macam ni boleh juga pergi majlis anak graduasi.
“Boleh juga pergi rumah besan. Ibu ada besan di Johor,” katanya.
Bagaimanapun, reaksi teraju utama filem Kulit Wayang itu yang dilihat ‘blushing’ dan kelihatan sedikit cemas menerima pelbagai respons dalam kalangan warganet.
“Terus blushing orang yang dekat belakang tu ye, ibu cakap besan dekat Johor,” tulsi pada kapsyen berkenaan.
Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telahpun di tonton lebih 200, ooo tontonan dan meraih lebih 9,000 tanda suka.




