Fattah Amin Sayu Sambut Ramadan Secara Solo – “Memang Berbeza, Tapi Saya Kena Kuat”

Fattah Amin Sayu Sambut Ramadan Secara Solo – “Memang Berbeza, Tapi Saya Kena Kuat”

Pelakon dan penyanyi sensasi, Fattah Amin mengaku rutin menyambut Ramadan tahun ini agak berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya.

Kata Fattah ketika ditemui XTRA, meskipun sayu dan berbeza, namun dia tetap bersyukur kerana masih mempunyai ibu, bapa, adik-beradik dan anaknya, Nur Fatima Aisya sebagai tulang belakangnya.

“Sejujurnya sayu dan rasa berbeza. Tapi alhamdulillah saya masih ada ibu dan ayah, saya msaih ada anak saya, Fatima dan adik-beradik saya.

“Mereka sekarang ini menjadi tulang belakang saya. Kita sama-sama menjalani ibadah puasa Insyaa-Allah sebagai satu keluarga yang harmoni,” katanya.

Fattah berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media tayangan drama terbaru Viu berjudul, Bidaah yang diadakan di Aloft Hotel baru-baru ini.

Dalam pada itu, Fattah berkongsi bahawa rutin bulan Ramadan nya pada tahun ini agak sibuk memandangkan dia terikat dengan komitmen kerja hampir setiap hari.

“Kalau nak tanya pasal rutin, rutin dia sama sahaja lagipun bulan puasa ni saya terikat dengan komitmen kerja, almost everyday. Tapi masih membahagikan masa antara kerja dan ibadah di bulan puasa ni.

“Tapi, rutin memang berbeza tak sama macam sebelum ni,” kongsinya.

Ketika ditanya mengenai perbezaan persiapan dan sambutan Ramadan sebelum ini, Fattah bagaimanapun mengaku ia sangat berbeza namun harus kuat.

“Itulah macam saya cakap tadi. Memang berbeza. Tapi saya kena kuat.

“Macam apa yang jadi ni semua ni sudah ditakdirkan. Kita umat Islam percaya pada qada dan qadar. Sampai masanya dah tertulis untuk kita rezeki kita, ajal kita dan kita perlu reda dan jangan persoalkan.

“Kena sentiasa bermuhasabah, dan terbuka dengan takdir,” jelasnya.

Scroll to Top