Fattah Amin tegaskan tiada wanita lain dalam hidup, masih sayangkan Fazura

Fattah Amin tegaskan tiada wanita lain dalam hidup, masih sayangkan Fazura

Aktor popular, Fattah Amin tegaskan tiada wanita lain dalam hidup dan tanya ragu-ragu menyatakan masih sayangkan Fazura.

Memetik laporan dari Harian Metro, Fattah Amin menyatakan yang dia sama sekali tiada wanita lain dan perkara yang dihebahkan di media sosial juga tidak benar.

“Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini”katanya.

Fattah Amin tegaskan tiada wanita

Fattah Amin tegaskan tiada wanita, terkejut isteri failkan cerai

Ujar pelakon itu, dia juga terkejut apabila mendapat tahu isterinya menfailkan tuntutan cerai di  Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, semalam menerusi media sosial.

Sejujurnya, saya hanya mengetahui mengenai permohonan perceraian yang difailkan terhadap saya melalui media sosial, terutamanya selepas ia ditularkan.

“Saya berasa amat terkejut dan sedih dengan perkhabaran berita ini. Malah, tanpa sebarang rasa ragu-ragu, saya masih menyayangi Faz (panggilan Fazura),” katanya.

Artikel lain: “Orang belanja cendol, bukan suruh menyondol” -Bodyguard Fazura buat pendedahan?

Fattah Amin tegaskan tiada wanita, minta doa agar masalah dapat diselesaikan

Dalam pada itu, dia memohon orang ramai dapat mendoakan urusan mereka dipermudah dan isu keretakan rumah tangga mereka dapat diselesaikan dengan tenang.

Pelakon utama filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah itu juga berharap tiada campur tangan pihak lain dalam menyelesaikan permasalahan ini agar tidak mengeruhkan lagi keadaan.

“Walau apa pun yang terjadi, saya dengan rendah diri memohon doa yang baik-baik dan sokongan daripada kalian semua tidak kira yang pernah mengenali mahupun yang tidak mengenali kami secara peribadi.
“Moga segala urusan kami berdua dipermudahkan dan diselesaikan dengan baik serta penuh ketenangan. 
“Saya juga berharap agar tiada campur tangan daripada pihak lain yang boleh mengeruhkan lagi situasi ini. Terima kasih atas segala perhatian dan doa kalian,” ujarnya.

Terdahulu, tular di media sosial tentang adanya orang ketiga dalam rumah tangga pasangan terbabit sehingga Fazura menfailkan penceraian.

Difahamkan, nama penata gaya tudung yang dikenali sebagai Syira Atiqah telah heboh diperkatakan sebagai ‘penyondol’ susulan tularnya pendedahan Insta Story pemilik akaun dikenali sebagai Shahaszrin yang menyatakan hal tersebut.

Dia telah memuat naik gambar mereka makan bersama dengan menyertakan emoji haiwan di wajah penata gaya tudung Fazura.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefyi)

Scroll to Top