PETALING JAYA: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) hari ini mengesahkan kesemua 89 gol yang pernah diledak legenda negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari bersama Harimau Malaya, sekali gus meletakkannya sebagai penjaring kedua terbanyak dunia selepas Cristiano Ronaldo (Portugal) dan Ali Daei (Iran).
Mokhtar yang lebih dikenali sebagai โsupermokhโ mengumpul 89 gol daripada 142 penampilan bersama skuad bola sepak negara sebelum meninggal dunia pada 11 Julai 1991 di usia 37 tahun.
Lima gol yang disempurnakan oleh Ronaldo dalam kempen Euro 2020 membolehkannya mengumpul 109 gol keseluruhan, menyamai rekod Ali.
๐ฎ๐ท Ali Daei, 109
๐ต๐น Cristiano, 109
๐ฒ๐พ Mokhtar Dahari, 89
๐ญ๐บ Ferenc Puskas, 84
๐ฟ๐ฒ Godfrey Chitalu, 79
๐ฎ๐ถ Hussein Saeed, 78
๐ง๐ท Pele, 77
๐ฆ๐ช Ali Mabkhout, 76
๐ญ๐บ Sandor Kocsis, 75
๐ฏ๐ต Kunishige Kamamoto, 75
๐ฐ๐ผ Bashar Abdullah, 75
๐ฆ๐ท Lionel Messi, 75๐ The joint-9th top men’s scorer! pic.twitter.com/i6pwe8DBmH
โ FIFA.com (@FIFAcom) June 29, 2021
Bagaimanapun Ali melakukan pencapaian itu dalam 149 penampilan, berbanding Ronaldo 177 penampilan.
Berdasarkan rekod yang dikeluarkan FIFA dalam Twitternya hari ini, Mokhtar berjaya memintas jaringan legenda Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan.
Itu bermakna, Allahyarham pernah memegang gelaran penjaring terbanyak dunia pada waktu itu, sebelum rekod berkenaan dipintas Ali yang memulakan koleksi 109 golnya pada 1993.




