Final Piala Malaysia: Pengadil buat keputusan tepat, kata FAM

Final Piala Malaysia: Pengadil buat keputusan tepat, kata FAM

Antara aksi pasukan JDT dan TFC pada final Piala Malaysia Jumaat lalu. – Foto Johor Southern Tigers

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tampil mempertahankan beberapa keputusan kontroversi pengadil ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat lalu.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, keputusan yang dibuat pengadil S Logeswaran adalah tepat selepas penelitian rakaman video dilakukan.

“Bagi insiden sepakan penalti yang diberikan untuk gol pertama JDT pada minit keenam, pengadil berada pada kedudukan yang tepat untuk membuat keputusan dan memang ada sepakan dilakukan oleh pemain TFC ke atas pemain JDT dan ia juga berlaku dalam kawasan penalti.

“Bagi insiden sepakan penalti untuk gol penyamaan TFC pada minit ke-21 pula, kesalahan pemain JDT terhadap pemain TFC telah jelas dilihat dan dibantu oleh pembantu pengadil tambahan satu.

Scroll to Top