Gadis terharu kekasih buat kejutan, dapat bunga & cincin selepas keluar wayang

Gadis terharu kekasih buat kejutan, dapat bunga & cincin selepas keluar wayang

Siapa tidak gemarkan kejutan romantis, lebih-lebih lagi bagi mereka yang sedang dilamun cinta. Bukan hanya rasa dihargai, tetapi perasaan sayang juga makin bertambah dari hari ke hari.

Mungkin itu dirasai seorang gadis ini apabila menerima kejutan istimewa dipercayai daripada teman lelakinya sebaik selesai menonton filem dan keluar dari sebuah panggung wayang.

Rakaman video TikTok mereka dimuat naik oleh akaun @MALAYSIAVIRALL di laman Twitter sehingga tular diulang kicau hampir 860 kali dan 551 tanda suka.

Video berdurasi sekitar dua minit itu memaparkan gadis berkenaan tersipu malu apabila melihat kekasihnya menunggu di sebalik pintu panggung wayang, sebelum menerima sejambak bunga dan anak patung.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut turut bertindak melutut seolah-olah melakukan lamaran dan menyarungkan sebentuk cincin di jari manis teman wanitanya.

Tidak berakhir di situ, gadis terbabit kemudian diraikan di sebuah restoran makanan segera dengan menerima lagi jambangan belon selain sepotong kek daripada teman lelakinya.

Video tersebut meraih lebih 60,000 tontonan dan pelbagai reaksi netizen yang segelintir seperti ‘bitter’ dengan menyifatkan pasangan itu terlalu ‘cringe’.

Bagaimanapun, terdapat juga individu meminta agar tidak mengecam pasangan berkenaan kerana masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk membahagiakan orang tersayang

Sumber: Twitter @MALAYSIAVIRALL

Scroll to Top