Pelakon dan bekas model, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, akhirnya tampil membuka mulut susulan kes penderaan yang berlaku akibat perbuatan suaminya.
Katanya, dia nekad untuk meneruskan perceraian selepas insiden yang berlaku, selain mahu mendapatkan keadilan untuk dirinya dan anak-anak.
“It’s been a long time i have been hiding this but i have no choice. I wish forward with my divorce and stand up for my rights and childerens rights.
“It is not okay. I wouldnt my daughter to go through what i am going through. So i made a decision to leave my house and proceed with my divorce.
“What ever action need to be taken against him, its been remanded for three days so i am a bit worries whats gonna happen after the three days. I really leave it to gods hand,” katanya ketika ditemu bual dalam program Melodi.
ARTIKEL BERKAITAN:Selepas Nekad Fail Cerai, Zahnita Muat Naik Video Menangis & Padam Foto Di IG
ARTIKEL BERKAITAN:Kes Ugut & Pukul, Suami Zahnita Direman 3 Hari
ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Foto Mata Lebam, Hantaran Terbaharu Zahnita Cetus Spekulasi – “Kena Ab*se Ke?”
Meskipun mengaku sukar untuk bertahan di usia perkahwinan yang sudah mencecah lebih 13 tahun, Zahnita menjelaskan keputusan untuk ‘stay’ adalah disebabkan anak-anak.
Malah, sepanjang tempoh tersebut dia berharap suaminya, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46 berubah namun tanggapan tersebut meleset.
Justeru, dia nekad untuk memaklumkan dan meluahkan kepada umum tentang masalah yang dihadapinya itu menerusi media sosial.
“My kids and also i was young that time and saya harapkan dia berubah tapi nampaknya makin teruk malah lebih teruk.
“Saya tahu ia sangat sukar, tapi saya terpaksa buat sebab tak ada craa lain lagi untuk buat diri saya selamat selain daripada membuatkan semua orang tahu yang sebenarnya saya dalam masalah. Dan saya memang tak boleh lagi berdiam diri.
“Saya start business dan minta Allah bagi jalan untuk keluar dari rumah tu dan saya manage to get out.
“Terlalu banyak penderaan fizikal dan mental yang saya alami termasuklah dia menuduh saya seorang yang jahat dan bukan ibu yang baik kepada anak saya. The more i let go myself, the more i love myself obviously,” jelasnya.

Lebih menyedihkan, ibu kepada empat orang cahaya mata itu pernah merasakan dirinya seperti hamba dek kerana menerima layanan yang teruk selain mengalami sakit ‘slip disc’ akibat terlalu depresi.
“Saya rasa macam hamba, saya selalu tanya kenapa dia buat saya begini? I really don’t wanna go back ‘there’, i wanna look for the future.
“Saya pernah mengalami slip disc akibat depression.
” I could not believe this is my life, tapi saya terpaksa terima lah ini adalah takdir saya.
“Dan saya janji saya akan bangkit dan akan bangkit 10 kali ganda lebih kuat dari sebelumnya. Inshaa-Allah,” ujarnya.
zahnita
Terdahulu, Zahnita nekad memfailkan cerai terhadap suaminya kerana tidak mampu lagi bertahan dalam hubungan dan rumah tangga yang toksik.
Dan, selepas isu tular, suaminya telah ditahan reman oleh pihak polis atas dua pertuduhan iaitu, mendatangkan kecederaan terhadap isteri dan positif dadah.
Terbaharu, pada 5 Disember, Abd Zackery Ghouse mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan yang diberikan di Mahkamah Majistret pada Khamis.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas isterinya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39 di sebuah rumah di Indera Mahkota, pada jam 8.20 pagi pada 7 Mei lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.
Jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh sehingga setahun atau denda yang boleh sehingga RM2,000atau dengan kedua-duanya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Lelaki Sejati Takkan Naik Tangan!” – Anzalna Nasir Seru Wanita Alami Keganasan Perkahwinan Tampil Lebih Berani
ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong Jangan Minta Maaf Kerana Gunakan Media Sosial Untuk Luah Masalah Keganasan Rumah Tangga” – Lisa Surihani




