Gaji tak bayar kerana pemain takut bersuara – Zaquan

Gaji tak bayar kerana pemain takut bersuara – Zaquan

KUALA LUMPUR – Bekas Kapten Harimau Malaysia, Zaquan Adha Abd Razak mendakwa masalah gaji pemain bola sepak Liga Super terus berlarutan bagaikan tiada jalan penyelesaian.

Ia sehingga ada yang bermain secara sukarela, dakwanya.

Menerusi hantaran Instagram miliknya, bekas pemain Negeri Sembilan itu mendakwa pemain tidak mampu bersuara dan beliau memilih untuk membantu mereka mengutarakan suara sebagai hak pemain bola sepak profesional.

“Inilah jadi bila player tak berani bersuara dan fight pasal gaji, tapi tulah bila bersuara atau fight pasal gaji kau akan terima padah next season, management tak nak ada pemain banyak bersuara atau erti kata lain ‘kepala dalam team‘.

“Lepas itu akan ada satu term yang player semua kena sign, dalam term itu player tak boleh bersuara atau cakap apa-apa masalah dalam dalaman (contoh isu gaji).

“Lebih baik ada pemain yang fight pasal gaji dan akhirnya masalah gaji selesai daripada pemain berdiam diri dan hadaplah gaji yang berbulan-bulan tak bayar, itu pun kalau bayarlah.

“Macam mana nak jadi champion kalau benda macam ni berulang kali jadi, oh lupa, sekarang banyak kelab tak target champion pun, cukuplah duduk dekat nombor lapan atau sembilan liga.

“Untuk management semua tolonglah cari Board of Directors (BOD) yang tahu pasal bola, janganlah cari BOD yang nak jawatan sahaja tapi bila tanya nama pemain dalam kelab sendiri pun tak tahu siapa,” tulisnya.

Sebelum bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali turut pendapat mengenai masalah gaji pemain bola sepak di Liga Super selepas pemain Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue didakwa sudah tujuh bulan tidak dibayar gaji oleh kelab tersebut sehingga kini.

Pemain berasal dari Brazil itu mendakwa, dia sendiri sebenarnya sudah tidak mengingati bilakah tarikh tepat yang terakhir dirinya dibayar gaji oleh KL City kerana terlalu lama bermain secara percuma untuk kelab tersebut. – MalaysiaGazette

Scroll to Top