Gambar Dengan Fattah Amin Undang Kecaman, Wanna Ali Akhirnya Bersuara | Oh! Media

Gambar Dengan Fattah Amin Undang Kecaman, Wanna Ali Akhirnya Bersuara | Oh! Media

Pelakon, Wanna Ali diserang netizen gara-gara berkongsi foto dengan Fattah Amin ketika rumah tangga pelakon lelaki itu dilanda badai.

Namun, Wanna menjelaskan hantaran untuk promosi drama Lelaki Melayu Terakhir itu sebenarnya sudah dijadualkan malam tadi.

wanna ali

Ianya sebahagian daripada pelan promosi untuk episod akan datang memandangkan ianya berbaki dua episod je lagi.

Bila kecaman menderu masuk di ruangan komen, barulah saya tahu oh ada isu sensasi sedang berlaku antara Fattah dan Fazura. Tetapi memang saya tidak tahu apa-apa pun.

Aktres jelita ini langsung tiada niat dan episod kahwin yang dimuat naik hanyalah kebetulan.

Jadi saya muat naik untuk promosi sahaja. Itu kerja saya kan.

Jelasnya, penggambaran untuk drama itu berlangsung pada Januari hingga April. Di set penggambaran, mereka tidak bercakap sangat dan jika berbual ianya berkisarkan Fazura.

Wanna tidak pernah mencampuri urusan peribadi Fattah dan tidak tahu kontroversi yang melanda sehinggalah dia diserang bertubi-tubi gara-gara posting berkenaan.


Scroll to Top