‘Gatal tangan’ ubah suai Nissan Skyline R32 jadi kereta polis, peniaga ditahan polis

‘Gatal tangan’ ubah suai Nissan Skyline R32 jadi kereta polis, peniaga ditahan polis

Kreativiti seorang peniaga yang menyertai pameran kereta di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang mengundang padah apabila ditahan pihak polis, semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengatakan peniaga berusia 45 tahun yang berniaga aksesori kenderaan ditahan pada jam 10.30 minit malam.

“Siasatan yang dijalankan berdasarkan penularan video di media sosial itu kemudian membawa kepada penangkapan suspek yang merupakan pemilik sebuah kedai aksesori kereta berumur 45 tahun dan merupakan pemilik Nissan Skyline R32 terbabit.

Penahan itu dilakukan selepas pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Sepang melakukan pemerhatian di pusat pameran dan merampas kereta tersebut yang dikatakan mempunyai lambang serta corak yang menyerupai kenderaan polis.

Tambah  Wan Kamarul, pemilik kenderaan terbabit mempunyai cukai jalan yang lengkap.

“Kenderaan terbabit mempunyai cukai jalan lengkap dan digunakan oleh pemiliknya.”ujarnya.

Pun begitu, pemilik kenderaan itu telah dibebaskan pada 12 tengah malam dengan jaminan pihak polis. Dan, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 89 Akta Polis 1967.

Ia kerana kenderaan itu memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak polis untuk melaksanakan tugas

Terdahulu, Unit Unit Perhubungan Awam Bukit Aman mengesan video tular yang memaparkan kenderaan tersebut di sebuah pameran di Maeps Serdang yang berlangsung semalam sehingga hari ini di TikTok.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminnuraliff)