
Paulo Josue – Foto Facebook FAM
PEMAIN naturalisasi negara, Paulo Josue menyifatkan skuad Harimau Malaya berada dalam ‘gear tinggi’ menjelang dua aksi penting Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 pertengahan bulan ini.
Skuad bimbingan Kim Pan-gon akan membuka kempen kelayakan berdepan pasukan di ranking ke-97 dunia, Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Khamis, disusuli aksi menentang Taiwan di tempat lawan, lima hari kemudian.
Josue yang beraksi di posisi tengah percaya rakan sepasukan sedar mengenai komitmen besar yang perlu diberikan pada dua perlawanan penting tersebut.
Malah beliau memberitahu rakan sepasukan juga sudah melupakan kekecewaan selepas tewas 0-2 kepada Tajikistan pada final Pestabola Merdeka bulan lalu.