Pengarah dan penerbit tersohor, Michael Ang, tampil menegur tindakan pempengaruh media sosial yang tular selepas memuat naik video berunsur lucah secara terbuka baru-baru ini termasuklah mengeluarkan kenyataan mendakwa alat kelamain suaminya masam.
Video tersebut mendapat perhatian ramai apabila pasangan terbabit secara terbuka berkongsi hal peribadi rumah tangga mereka dengan nada berseloroh ketika sesi siaran langsung di platform TikTok miliknya.
Malah, kandungan video tersebut juga dianggap keterlaluan oleh warganet sehinggakan ramai yang menyifatkan kandungan itu tidak sesuai untuk tontonan umum dan bertentangan dengan norma kesopanan masyarakat tempatan.
Sedar dengan tindakan tersebut, Michael berkata, memaklumkan secara terbuka mengenai penyakit itu kepada khalayak adalah sesutu yang tidak kelakar.
Bahkan, tindakan pempengaruh tersebut juga yang tidak sensitif dengan barang makanan yang dijualnya.
“Nak buat kandungan video boleh sahaja, apa sahaja kandungan video yanga nda mahu buat, silakan.
“Tapi kalau kandungan video pasal penyakit macam tu adalah tidak kelakar untuk dijadikan content.
“Dengan bijidekat bibir dan muka bernanah tu, awak cakap content pun orang tak akan percaya. Orang akan anggapit is really a herpes bodoh.
“Sudah la jual makanan,orang luar tengok terus bertanya macam ni ke orang Malaysia berniaga makanan?.
“Jadi, jangan cakap kita gelabah. Kita bukan gelabah. Kita jijik. Cara kau berdua suami isteri macam sudah tak ada moral dan rasa malu,” katanya.
Perkara itu dikongsi Michael menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.
Terdahulu, Kieda Crepe mendedahkan, dia mengalami jangkitan herpes simplex selepas bibirnya dipenuhi bintik kecil.
Menerusi video tular, Kieda berseloroh mengaitkan jangkitan tersebut dengan kebersihan alat kelamin suaminya.




