Gelek ‘berahi’ depan KLCC, Baby Shima dipuji netizen Indonesia

Gelek ‘berahi’ depan KLCC, Baby Shima dipuji netizen Indonesia

Penyanyi dangdut kontroversi, Baby Shima menjadi sorotan warganet sekali lagi apabila wanita tersebut berkongsi video menyeberangi jalan di hadapan Menara Berkembar Petronas KLCC.

Tidak hanya menyeberangi jalan, penyanyi berusia 30 tahun itu turut dilihat berhenti seketika untuk bergelek di tengah jalan tempat pelintas berjalan kaki.

Dalam pada itu, pemilik nama Nor Ashima Ramli menulis kapsyen; Bergoyang sebab kereta tak nak beri laluan” dan dikatakan mengambil inspirasi daripada Citayem Fashion Week.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet terutama peminat penyanyi tersebut di Indonesia di mana ramai memuji keberanian dan kekebalan berdepan dengan kecaman netizen tempatan.

Malah, ada yang mengatakan Baby Shima seperti aktres Indonesia iaitu Nikita Mirzani tetapi versi Malaysia.

Selain itu, warganet memuji pelatun lagu Lalai di mana menyifatkan dia seorang yang tidak munafik seperti artis Indonesia yang lain dan berharap agar penyanyi tersebut menetap di sana kerana ramai peminat menantinya di sana.

Seperti kebiasaannya, warganet tempatan meluahkan kekecewaan dan mengkritik kelakuan selebriti tersebut yang dikatakan tidak pernah ‘insaf’.

Terdahulu, warganet memuji Baby Shima kerana seringkali menyantuni dan menyayangi haiwan seperti kucing, kera dan anjing.

Sumber: Instagram @babyshimaofficial