Gembira Hannah Delisha jadi duka- “Dah sebulan bayi tak bernyawa dalam perut”

Gembira Hannah Delisha jadi duka- “Dah sebulan bayi tak bernyawa dalam perut”

Gembira pelakon Hannah Delisha jadi duka, namun reda menerima takdir Ilahi meskipun hasratnya dan suami menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian selepas mengalami keguguran baru-baru ini.

Hannah Delisha berkata, sehingga kini dia masih belum dapat melupakan momen menerima berita gembira yang bertukar jadi duka apabila bayi yang dikandungnya selama 13 minggu sudah ‘tiada’.

Gembira Hannah Delisha jadi duka

Kongsi Hannah atau nama penuhnya Hannah Adlina Blackburne Birch, dia baru sahaja mengecapi gembira untuk bergelar ibu, namun keterujaan itu musnah dengan beita duka.

Aktres berusia 27 tahun itu berkata, dia mengalami keguguran yang diklasifikasikan sebagai ‘missed miscarriage’ itu berlaku ketika usia tiga bulan.

Hannah akui terkilan kerana tidak menyedari bayi yang dikandung sudah sebulan tidak bernadi sehinggalah dimaklumkan pada hari imbasan kali kedua.

“Bayangkan pertama kali nampak bayi kita pada mesin imbasan itu, tentulah rasa sangat teruja.
“Tapi tak sampai beberapa minit, wajah doktor yang menjalankan imbasan berubah.
“Beberapa kali doktor lakukan imbasan, kemudian dia panggil seorang lagi doktor untuk kepastian dan mereka akhirnya sahkan jantung bayi saya berhenti berdegup pada usia kandungan lapan minggu.
“Bayangkan bagaimana perasaan saya ketika itu? Baru seminit rasa gembira, tiba-tiba terima berita yang sangat menyedihkan,” katanya yang tidak dapat menahan air mata.

Gembira Hannah Delisha jadi duka

Emosi Hannah Delisha tak menentu, sebulan janin tak bernyawa

Dedahnya, kesan kehilangan itu kata Hannah menyebabkan emosinya tidak menentu pada minggu pertama.

“Minggu pertama sangat emosi, tiba-tiba saja saya boleh nangis ketika di rumah, suami turut sedih melihat keadaan saya, kalau boleh dia tak mahu saya lalui pengalaman itu lagi.
“Rupaya sebulan bayi saya adalam keadaan tak ada nyawa. Tapi saya tak sedar sebab tak alami sakit perut atau turun darah, itu yang buat saya paling ‘down’.
“Ada yang persoalkan ala keguguran tak sakit macam beranak, tapi orang tak tahu kesan emosi yang ditanggung atas kehilangan itu,” ujarnya lagi.

Gembira Hannah Delisha jadi duka

Menurut Hannah lagi, andai dikurniakan rezeki untuk hamil sekali lagi, tentunya dia amat gembira dan mahu lebih berhati-hati termasuk menguruskan kerja dengan bijak dan tidak bergerak aktif.

Syukur suami beri sokongan

Dalam pada itu, Hannah meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, Imam Shah yang sentiasa memberi sokongan untuk menghadapi ujian tersebut.

“Saya berpantang juga. Sepatutnya dua minggu tetapi bila fikir balik, ‘tak boleh ni.’ (tuntutan kerja). Saya sempat buat seminggu saja. Tetapi masih berjaga dalam pemakanan. Hari ini hari ke-11.
“Imam sangat supportive, dia ada untuk saya. Imam sedih sebab dia tengok keadaan saya. Dia tak nak tengok saya lagi dalam kondisi seperti itu,”kongsinya.

Gembira Hannah Delisha jadi duka

Artikel lain: Hannah Delisha alami keguguran, harap jumpa bayi di syurga

Dalam hantaran tersebut, Hannah memaklumkan dia menangis bukan kerana tidak menerima ketentuan takdir, sebaliknya trauma mengenangkan saat menerima berita duka dan kesakitan menjalani prosedur cuci rahim.

Pelakon drama Mencintaimu Mr Photographer itu turut berharap agar wanita-wanita yang mengalami nasib yang sama seperti dirinya untuk terus kuat dan cekal dengan apa yang terjadi.

Sekadar info, Hanah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Imam Shah pada 18 Februari 2021.

Sumber: Media Hiburan (Aizam Manaf)