TOKYO – Gempa bumi dengan magnitud awal 4.8 melanda wilayah Ibaraki, timur laut Tokyo, awal Khamis, dengan gegaran dirasai dengan jelas di ibu negara Jepun itu, lapor Xinhua.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), gempa itu berlaku kira-kira 12.07 tengah malam waktu tempatan pada kedalaman kira-kira 70 kilometer (km), mencatatkan skala 3 pada skala intensiti seismik 0 hingga 7 Jepun.
Pusat gempa terletak pada latitud 36.1 darjah utara dan longitud 140.1 darjah timur.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan. – Bernama-Xinhua