Geram dengan watak Nadia, penonton ugut pijak perut & sagat muka Iman Suhana!

Geram dengan watak Nadia, penonton ugut pijak perut & sagat muka Iman Suhana!

Pminat setia drama Melayu di slot Akasia TV3 pasti mengikuti drama Sabarlah Duhai Hati yang diteraui oleh nama-nama hebat Tanah Air.

Selain daripada membariskan nama besar Amyra Rosli, Saharul Ridzuwan, Izzue Islam dan Fadilah Mansor, lakonan hebat Iman Suhana sebagai Nadia untuk watak antagonis tidak perlu disangkal lagi.

Menerusi Mstar, Iman atau nama sebenarnya Norsuhana Mohamad Wahid,31 meaklumkan drama terbaru lakonannya itu cukup memberi kesan kepada penonton sehingga menerima beberap ugutan yang diperoleh menerusi media sosial.

“Alhamdulillah selepas Takdir Yang Tertulis, drma sabarah Duhai Hati pula menjadi sebutan penonton…memang ramai yang geram dengan watak Nadia. Saya terima macam-macam mesej ugutan di laman sosial daripada penonton yang tak puas hati.”
“Ada yang ugut nak pijak perut saya, nak langgar dengan lori, sagat muka dekat jalan dan macam-macam lagi mesej menakutkan yang saya terima…mungkin mereka terbawa-bawa dengan emosi itu,” katanya.

Walau bagaimanapun, Iman juga memaklumkan ramai yang memberikan feedback positif mengenai lakonannya dalam drama tersebut.

“Yang positif pun ramai, mereka faham itu hanya lakonan dan puji watak yang saya lakonkan itu. Alhamdulillah, kiranya watak nadia berjaya sampai kepada penonton. Itu sudah cukup membuatkan saya seronok.” tambahnya lagi.

Pelakon wanita yang sudah berumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata ini turut mengakui bahawa ada juga penonton yang tidak tahu yang dia sudah berkahwin kerana menyangka masih muda lagi.

“Saya tidak pernah merahsiakan tentang keluarga, saya selalu tunjuk foto dan video bersama anak di Instagram.” 
“Yang lucu apabila ada orang ingat saya muda lagi, mungkin sebab wajah macam budak-budak…padahal umur saya dah masuk 30 tahun. Alhamdulillah rezeki awet muda. Saya senyum sahaja baca komen-komen mereka. ujarnya

Drama Sabarlah Duhai Hati bersiaran setiap hari di slot Akasia jam 7.00 malam ini memaparkan konflik kekeluargaan apabila wujud campur tangan Opah lakonan hebat Fadilah Mansor dalam setiap rumah tangga anak-anak dan cucunya sehingga mencetuskan konflik antara mereka.

Sumber: Mstar (Qarami Hashim)

 

 

Scroll to Top