Tempoh โ€˜iddah wanita istihadah

Soalan:

Assalammualaikum, Saya ada pertanyaan berkaitan iddah bagi wanita yang mengalami istihadah, Adakah tempoh wanita istihadah sama seperti wanita haid? Mohon pencerahan S.S Datuk Mufti.

Ringkasan jawapan:

Tempoh โ€˜iddah wanita istihadah yang lupa hari kebiasaaan haidnya di samping lupa kadar dan tidak mampu membezakan darah (mustahadah mutahayyirah) adalah tiga bulan. Sementara, wanita istihadah yang dapat mengingati hari kebiasaan haidnya maka tempoh โ€˜iddah wanita tersebut dengan haidnya iaitu tiga kali suci.

Advertisement

Huraian jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

โ€˜Iddah bagi wanita yang bercerai hidup dan masih mempunyai haid adalah tiga kali suci berdasarkan firman Allah SWT:

ูˆูŽุงู„ู’ู…ูุทูŽู„ู‘ูŽู‚ูŽุงุชู ูŠูŽุชูŽุฑูŽุจู‘ูŽุตู’ู†ูŽ ุจูุฃูŽู†ููุณูู‡ูู†ู‘ูŽ ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉูŽ ู‚ูุฑููˆุกู

Maksudnya: โ€œDan isteri-isteri yang diceraikan itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (dari berkahwin) selama tiga kali suci (dari haid)โ€. (Surah al-Baqarah: 228)

Sementara, tempoh wanita โ€˜iddah bagi wanita yang menopause (putus haid) yang bercerai hidup dan ketiadaan haid ialah tiga bulan berdasarkan firman Allah SWT:

ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽุงุฆููŠ ูŠูŽุฆูุณู’ู†ูŽ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู’ู…ูŽุญููŠุถู ู…ูู† ู†ู‘ูุณูŽุงุฆููƒูู…ู’ ุฅูู†ู ุงุฑู’ุชูŽุจู’ุชูู…ู’ ููŽุนูุฏู‘ูŽุชูู‡ูู†ู‘ูŽ ุซูŽู„ูŽุงุซูŽุฉู ุฃูŽุดู’ู‡ูุฑู ูˆูŽุงู„ู„ู‘ูŽุงุฆููŠ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุญูุถู’ู†ูŽ

Maksudnya: โ€œDan perempuan-perempuan yang tidak haid lagi (menopause) di antara perempuan-perempuanmu jika kamu ragu-ragu (tentang masa โ€˜iddahnya) maka โ€˜iddah mereka adalah tiga bulan; dan begitu (pula) perempuan-perempuan yang tidak ada haidโ€™. (Surah al-Thalaq: 4)

Sementara tempoh iddah wanita hamil ialah selepas melahirkan anak berdasarkan firman Allah SWT

ูˆูŽุฃููˆู„ูŽุงุชู ุงู„ู’ุฃูŽุญู’ู…ูŽุงู„ู ุฃูŽุฌูŽู„ูู‡ูู†ู‘ูŽ ุฃูŽู† ูŠูŽุถูŽุนู’ู†ูŽ ุญูŽู…ู’ู„ูŽู‡ูู†ู‘ูŽ

Maksudnya: Wanita-wanita yang hamil, waktu iddah mereka adalah sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. (Surah al-Thalaq: 4)

Adapun, iddah bagi wanita yang bercerai mati ialah empat bulan 10 hari berdasarkan firman Allah SWT:

ูˆูŽุงู„ู‘ูŽุฐููŠู†ูŽ ูŠูุชูŽูˆูŽูู‘ูŽูˆู’ู†ูŽ ู…ูู†ูƒูู…ู’ ูˆูŽูŠูŽุฐูŽุฑููˆู†ูŽ ุฃูŽุฒู’ูˆูŽุงุฌู‹ุง ูŠูŽุชูŽุฑูŽุจู‘ูŽุตู’ู†ูŽ ุจูุฃูŽู†ููุณูู‡ูู†ู‘ูŽ ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนูŽุฉูŽ ุฃูŽุดู’ู‡ูุฑู ูˆูŽุนูŽุดู’ุฑู‹ุง

Maksudnya: Dan mereka yang meninggal dunia dari kalangan kalian serta meninggalkan isteri-isteri hendaklah mereka itu (para isteri) menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hari. (Surah al-Baqarah: 234)

Berbalik kepada soalan yang diajukan berkaitan tempoh iddah wanita yang mengalami istihadah. Ahli-ahli fiqh mazhab Syafiโ€™i telah membahaskan tempoh iddah bagi wanita yang bercerai hidup yang mengalami istihadah kepada dua situasi:

โ€˜Iddah mustahadah mutahayyirah (wanita istihadah yang lupa kadar dan waktu haid dan tidak dapat membezakan warna darah)
โ€˜Iddah wanita istihadah yang mengingati hari kebiasaan haid
Tempoh Iddah mustahadah mutahayyirah adalah tiga bulan dan wanita istihadah yang mengingati hari kebiasaan haid adalah tiga kali suci berdasarkan pandangan fuqahaโ€™ Mazhab Syafie.

Imam An-Nawawi menyatakan bahawa โ€˜iddah wanita istihadah adalah kembali kepada kiraan suci (kiraan adat haidnya dan perbezaan darah). Sementara wanita mustahadah mutahayyirah (lupa waktu haid dan tidak dapat membezakan warna darah) ialah tiga bulan serta merta (Rujuk, Minhaj al-Talibin wa Umdat al-Muftin fi al-Fiqh, 253)

Alasan tempoh tiga bulan bagi โ€˜iddah wanita mustahadah mutahayyirah (wanita istihadah lupa waktu haid dan tidak dapat membezakan warna darah) kerana kebiasaan haid sebulan sekali mahupun kebiasaan setiap bulan merangkumi tempoh haid dan suci. (Rujuk Al-Mausuโ€™ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah, 29/328)

Imam Syihabuddin al-Ramli turut menyatakan โ€˜iddah wanita istihadah (mustahadah) kembali kepada kiraan sucinya iaitu kembali berpegang pada kiraan kebiasaan haid dan suci. Sementara itu, tempoh โ€˜iddah bagi wanita mutahayyirah ialah tiga bulan dengan serta merta.(Rujuk Fath al-Rahman Bi Syarh Zubad Ibn Raslan, 821)

Penutup

Konklusinya, terdapat beberapa pembahagian iddah bagi wanita yang mengalami istihadah:

โ€˜Iddah wanita istihadah yang bercerai hidup seperti berikut:

  • Wanita istihadah yang lupa kadar dan waktu hari kebiasaaan haidnya (mustahadah mutahayyirah) maka iddahnya tiga bulan
  • Wanita istihadah yang dapat mengingati hari kebiasaan haidnya, maka hendaklah berpegang dengan hari kebiasaan haidnya atau berpandukan perbezaan warna darah iaitu beriddah dengan haid iaitu tiga kali suci
  1. Iddah wanita istihadah yang bercerai mati adalah empat bulan 10 hari berdasarkan firman-Nya yang telah dikemukakan.
  2. Iddah wanita istihadah yang mengandung ialah selepas melahirkan anak seperti dalil yang telah dikemukakan.
  3. Bagi mengetahui tempoh iddah wanita yang keguguran sila rujuk pautan di bawah ini: (https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4227-irsyad-al-fatwa-siri-ke-428-tempoh-iddah-bagi-wanita-yang-keguguran)

Tulisan ini diambil daripada laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di ruangan Al Kafi li al-Fatawi yang diterbitkan pada 27 Mei 2021.

Leave a Comment