GITC tandatangani MoU bersama 25 organisasi untuk tingkat kebolehpasaran graduan TVET

GITC tandatangani MoU bersama 25 organisasi untuk tingkat kebolehpasaran graduan TVET

Badan Penyelarasan TVET Kerajaan-Industri (GITC) sekali lagi mengorak langkah dengan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama 25 organisasi merangkumi aspek Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

GITC bersama 25 organisasi

GITC

Majlis menandatangani MoU itu melibatkan Pengerusi GITC, Tan Sri Soh Thian Lai bersama wakil-wakil organisasi merentasi pelbagai sektor termasuk Kesenian, Keusahawanan, Hospitaliti, Pelancongan, ESG, Keusahawanan Wanita, Perkhidmatan Perniagaan, Digital IR 4.0 dan banyak lagi.

“Inisiatif tersebut merupakan langkah penting dalam merapatkan jurang antara industri dan sektor TVET, dimana adalah penting graduan TVET diberi penempatan kerja dalam bidang pengajian masing-masing untuk memastikan syarikat mendapat individu berbakat dan graduan dilengkapi dengan kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan untuk berjaya dalam tenaga kerja,” kata Soh.

Beliau berkata demikian pada majlis menandatangani MoU di Wisma FMM, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif GITC, Jamil Bakri dalam ucapannya telah menggariskan skop utama, jangkaan dan tanggungjawab dalam MoU tersebut.

Artikel lain: Hasrat baharu KBS, perkenal TVET Sukan di ILKBS

Pencapaian penting tersebut membolehkan GITC menawarkan lebih 3,000 penempatan latihan industri dan Pembelajaran Berasaskan Kerja (WBL) di seluruh negara bagi tahun ini.

MoU berkenaan memberi tumpuan kepada tiga aspek utama: latihan TVET yang diterajui industri, peningkatan peluang penempatan kerja melalui WBL, dan inisiatif pembangunan kemahiran.

Sebelum itu, satu sesi taklimat telah diadakan bersama organisasi seperti Talent Corp dan HRD Corp untuk menerangkan insentif dan mekanisme sokongan yang tersedia untuk syarikat-syarikat.

Institusi TVET yang berminat untuk meneroka peluang penempatan dan menghantar cadangan latihan industri atau WBL boleh melawat laman web www.gitc.org.my.

Scroll to Top