GSF 2.0: Lapan rakyat Malaysia ditahan Israel

GSF 2.0: Lapan rakyat Malaysia ditahan Israel
GSF 2.0: Lapan rakyat Malaysia ditahan Israel

Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC) Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby. Foto Fail Bernama

SEPANG – Lapan rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dilaporkan ditahan tentera Israel selepas kapal yang mereka naiki dipintas ketika dalam perjalanan menuju ke Gaza hari ini.

Antara yang ditahan ialah aktivis Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA, selepas kapal Amanda yang dinaikinya dipintas sekitar pukul 5 petang.

Turut menerima nasib sama ialah Muhamad Muhsin Zaidi yang berada di atas kapal Isobella apabila kapal tersebut dilaporkan ditahan kira-kira 20 minit kemudian.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Ahmad Musa Al-Nuwayri Kamaruzaman yang menaiki kapal Josef juga dipercayai ditahan berdasarkan paparan siaran langsung di Pusat Operasi Sumud Nusantara (SNCC) di sini.

Selain itu, tiga lagi rakyat Malaysia iaitu S. Patmanathan, Muhammad Amirul Afif Mohd. Azhar dan Dr. Syakirin Mohamed Senin yang berada di atas kapal Ferluto turut dipercayai ditahan tentera Israel sekitar pukul 4.50 petang tadi.

Kesemua kapal tersebut difahamkan sedang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza sebelum dipintas pihak tentera rejim Zionis.

 

AKAN MENYUSUL 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Scroll to Top