Guardian pecah rekod MBOR, catat 6.2 juta ahli MYguardian Rewards

Guardian pecah rekod MBOR, catat 6.2 juta ahli MYguardian Rewards

GUARDIAN Malaysia mencatat sejarah apabila program kesetiaan pelanggannya, MYguardian Rewards, diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) selepas merekodkan pendaftaran 6.2 juta ahli unik dalam tempoh setahun.

Pencapaian itu membolehkan Guardian menerima pengiktirafan bagi kategori ‘Pendaftaran Keahlian Terbesar untuk Program Ganjaran dalam Tempoh Setahun’ berdasarkan jumlah pendaftaran sehingga Mac 2026.

Pengarah Urusan Guardian Malaysia dan Brunei, Priscilla Wu berkata, pencapaian itu membuktikan kepercayaan pelanggan terhadap jenama berkenaan selain daya tarikan pengalaman yang ditawarkan menerusi program ganjaran berkenaab.

“Ia membuktikan kepercayaan pelanggan serta daya tarikan pengalaman melalui MYguardian Rewards, yang sememangnya berbeza daripada program lain.

“Lebih membanggakan ialah kejayaan kami mencatatkan pendaftaran keahlian terbesar dalam tempoh setahun, atau boleh saya katakan paling pantas berkembang,” katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Guardian pecah rekod MBOR, catat 6.2 juta ahli MYguardian Rewards

Priciila (dua dari kiri) menerima sijil daripada wakil MBOR

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Book of Records, Jwan Heah Yeow Hooi menjelaskan, semakan terhadap data yang dikemukakan Guardian mengesahkan lebih enam juta ahli unik berjaya didaftarkan dalam tempoh setahun, sekali gus mencipta rekod baharu di Malaysia.

MYguardian Rewards merupakan platform ganjaran berasaskan aplikasi yang menawarkan pelbagai manfaat kepada pelanggan termasuk pengumpulan mata ganjaran, rebat segera dan promosi diperibadikan berdasarkan keperluan serta minat pengguna.

Platform berkenaan mempunyai lebih 80 rakan MYguardian Partners merentasi pelbagai kategori termasuk makanan dan minuman, fesyen, kecantikan serta gaya hidup.

Bagi meraikan pencapaian itu, Guardian turut menjadikan Ogos sebagai bulan sambutan bersama ahli MYguardian Rewards menerusi pelbagai promosi, antaranya kempen MY Beautiful Malaysia yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi 7,300 produk di seluruh stor selain ahli MYguardian Rewards menikmati lima kali ganda mata ganjaran bagi pembelian.

Bermula 6 Ogos, ahli yang berbelanja RM200 dan ke atas dalam satu resit turut menerima flask panas mudah alih percuma bersama beg, tertakluk kepada terma dan ketersediaan.

 

Scroll to Top