MANCHESTER, United Kingdom: Pep Guardiola percaya Jack Grealish boleh menandingi jaringan Raheem Sterling di Manchester City jika dia meningkatkan naluri pemusnah yang sama dalam kotak penalti.
Grealish menjaringkan gol pertamanya buat juara England itu selepas perpindahan dengan rekod Liga Perdana £100 juta (RM577.32 juta) dari Aston Villa ketika menang 5-0 mengatasi Norwich malam tadi.
Sterling masuk dari bangku simpanan dan menjaringkan gol pertamanya musim ini dan Guardiola percaya Grealish boleh belajar daripada rakan sekelab dan antarabangsa itu yang sudah banyak berubah.
“Jika dia ada mentaliti untuk menjaringkan gol seperti Raheem, dia boleh menjaringkan lebih banyak gol,” kata Guardiola.
“Ketika Raheem berada di sini, ketika saya mula tiba, dia tidak ada gol dalam mindanya dan kami segera mengubahnya.
“Hari ini dia menjaringkan gol kerana dia tiba dari tengah, dia adalah mesin di sana. Dia mengubah minda dan membuat keputusan dia mahu menjaringkan gol.
“Jack juga ada mentaliti untuk menjaringkan gol dan memenangi perlawanan, tapi jika dia ada mentaliti Raheem, dia juga boleh melakukannya.”
Aymeric Laporte dan Riyad Mahrez juga menemui sasaran ketika City beraksi tanpa bintang di bahagian serangan tengah. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




