Dalam bekerja tidak harus terus serius. Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan rasa penat serta stres terutamanya jika bertugas dalam situasi yang harus sentiasa bersedia.
Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @roszaidasaad, dia telah memuat naik situasi rakan-rakannya bergurau selepas selesai waktu bertugas.
Dapat dilihat salah seorang rakannya telah menyelimuti diri dengan kain berwarna putih sebelum melompat-lompat mengejutkan rakannya yang kebetulan melalui kawasan tersebut.
@roszaidasaad lepas abis duty ade kawat skali ade #hantuviral #RS💙🌹 #kakakviralpps #kamisempoi♥️💙 #fypシ #fyp
Mereka yang berkhidmat dalam pasukan beruniform itu terdengar mengekek ketawa selepas salah seorang daripada mereka sama-sama melatah dan melompat seperti ingin berkawad.
@roszaidasaad nak kawad main antu2 dulu #RS💙🌹 #fyp #fypシ #kamisempoi♥️💙 #kakakviralpps #hantuviral
Perkongsian tersebut nyata membuatkan ramai terhibur lebih-lebih lagi melihat salah seorang anggota badan beruniform itu melatah sehingga terlompat-lompat kerana terkejut melihat rakannya yang berpenampilan seperti pocong.
Rata-rata warganet juga telah meninggalkan komen di ruangan TikTok berkenaan dengan mengakui tergelak sama melihat anggota yang pastinya tegas tidak dapat mengawal reaksi ketika terkejut disergah dalam suasana gelap seperti itu.





Sumber: TikTok @roszaidasaad




