Guru Lelaki Direman Dua Hari Kes Salah Laku Seksual Pelajar

Guru Lelaki Direman Dua Hari Kes Salah Laku Seksual Pelajar

Trending

Guru lelaki direman dua hari selepas ditahan susulan kes salah laku seksual terhadap dua pelajar di Besut.


Seorang guru lelaki berusia 42 tahun direman selama dua hari selepas ditahan susulan kes salah laku seksual melibatkan dua pelajar sebuah sekolah menengah di daerah Besut.

Menurut laporan, perintah reman itu dibenarkan oleh Majistret Nurliyana Md Zukri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Guru ditahan di rumah keluarga

Kredit Foto NSTP

Suspek sebelum itu ditahan sekitar jam 3.25 petang semalam di rumah keluarganya di Besut sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut untuk siasatan lanjut.

Guru terbabit turut dibawa ke Mahkamah Majistret dengan diiringi pihak polis bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Penahanan suspek dibuat selepas dua pelajar tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan salah laku seksual melibatkan guru berkenaan.

Kes kini masih dalam siasatan pihak berkuasa dan tindakan lanjut akan diambil berdasarkan hasil siasatan dijalankan.

Siasatan dijalankan ikut akta berkaitan

Ohmedia polis tangkap

Polis menjalankan siasatan kes ini mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Kes seperti ini sememangnya mencetuskan kebimbangan ramai, lebih-lebih lagi apabila melibatkan institusi pendidikan dan keselamatan pelajar.

Pssttt! Korang kena supaya sentiasa peka dan jangan takut untuk melaporkan sebarang salah laku yang berlaku, terutama melibatkan pelajar dan kanak-kanak. Keselamatan dan kebajikan mereka perlu sentiasa jadi keutamaan.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top