Hadi bongkar kisah lama, dedah AS pernah tawar bantu PAS jatuhkan kerajaan

Hadi bongkar kisah lama, dedah AS pernah tawar bantu PAS jatuhkan kerajaan

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan Amerika Syarikat (AS) pernah menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih pemerintahan negara.

Kejadian berlaku ketika Barack Obama datang

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, beliau menyatakan perkara tersebut berlaku ketika lawatan bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama ke Malaysia, apabila beberapa pemimpin PAS ketika itu dijemput mengadakan pertemuan di Kedutaan Amerika Syarikat.

Ujarnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Dr. Samsuri Mokhtar yang merupakan ketua politiknya ketika itu telah pergi ke kedutaan berkenaan untuk mengadakan pertemuan.

“Dia (pihak AS) nak ajak bincang, sanggup nak jatuh kerajaan, nak ambil alih kerajaan. Amerika sanggup tolong,” katanya ketika ketika menggulung perbahasan pada Muktamar Pas Ke-72 di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik).
Hadi bongkar kisah lama, dedah AS pernah tawar bantu PAS jatuhkan kerajaan

FB: Abdul Hadi Awang

Pemimpin PAS tidak terpengaruh

Abdul Hadi menambah kedua-dua pemimpin PAS berkenaan bagaimanapun tidak terpengaruh dengan tawaran tersebut dan kekal dengan pendirian parti.

Menurutnya, selepas itu Duta AS meminta untuk bertemu dengannya dan beliau memenuhi permintaan tersebut bersama Datuk Mustafa Ali.

“Dia tanya, siapa PAS cadang jadi perdana menteri?
“Saya kata, siapa Amerika setuju? Siapa Amerika sokong, siapa dia?” ujarnya.

FB: Abdul Hadi Awang

Abdul Hadi memberitahu jawapan itu menyebabkan wakil AS berkenaan tergamam sebelum menyatakan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan calon yang baik.

Beliau berkata, persoalan mengenai siapa yang bakal menjadi perdana menteri tidak sepatutnya menjadi keutamaan kerana perkara lebih penting ialah memastikan perpecahan dan krisis politik dapat diselesaikan.

“Yang penting, kita buat kerja. Kita selesaikan perpecahan, selesaikan krisis. Balik buat kerja, jalankan tugas,” tambahnya.

Pada masa sama, Abdul Hadi menyeru semua pihak supaya tidak terus berbalah dan sebaliknya kembali bersatu demi kepentingan bersama.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohd Zaini Samsu Hadi)

Scroll to Top