Pelakon dan usahawan, Raja Ilya tampil berkongsi pandangan jujur mengenai realiti alam perkahwinan yang sering kali diuji dengan pelbagai cabaran.
Menerusi perkongsian di Instagram (G) miliknya, Raja Ilya atau nama penuhnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 40, menegaskan perceraian bukan satu kegagalan, sebaliknya sebuah pilihan yang kadangkala menjadi jawapan paling tepat, terutamanya bagi mereka yang melalui penderaan fizikal atau mental.
“Divorce is a choice. Kadang-kadang ending is also an answer especially for those yang physically abused or mentally. But if you choose to stay and fight for the marriage, let’s be real. especially lepas dapat anak pertama, newborn phase, it’s not easy at all,” katanya.
Namun begitu, katanya, bagi pasangan yang memilih untuk kekal berjuang mempertahankan rumah tangga, hakikatnya fasa selepas kelahiran anak pertama bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui.
“Women always have high expectations on men… but putting all your hopes and happiness on one person memang akan sakit. Sebab bila kita berharap terlalu tinggi, kita yang akan kecewa,” ujarnya.
Menurutnya, lelaki dan wanita merupakan dua insan berbeza dengan cara berfikir, menzahirkan kasih sayang dan menunjukkan keletihan yang tidak sama, justeru salah faham dan rasa tidak dihargai adalah perkara biasa dalam hubungan suami isteri.
“Marriage is not about perfect love, it’s about how strong you both stand when love tak rasa strong pun,” katanya lagi.
Ilya yang membesar dalam keluarga berpisah turut menekankan pentingnya kedua-dua ibu bapa berada di bawah satu bumbung demi kestabilan emosi dan masa depan anak-anak.
“Coming from a broken family myself, trust me! Kids need both parents under one roof kalau masih boleh diperbaiki… choose love instead of being right, do it for them,” katanya dengan penuh makna.
Tambah aktres filem KL Vampires itu, tiada siapa yang sempurna dalam perkahwinan kerana masing-masing berdepan perjuangan tersendiri.
“Women fight their hormones, exhaustion, postpartum. Men fight to be a protector, provider, leader of the family. What makes a marriage work is not about perfection but honesty, effort, give and take,” katanya.





