Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang kini sedang menjalani hukuman penjara nampaknya masih perlu berhadapan dengan beberapa lagi kes melibatkan pecah amanah dan salah guna kuasa.
Tiada kecacatan dalam tuduhan…
Terbaru, Mahkamah Tinggi hari ini memaklumkan empat tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk suapan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) serta 21 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion terhadap Najib Razak adalah sah dan tanpa cacat.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengumumkan keputusan itu di penghujung kes pendakwaan, menyatakan bahawa tuduhan terhadap Najib adalah jelas, tanpa kekeliruan atau prasangka.
Najib perlu bela diri jika ada kes Prima Facie…
Prosiding selama 12 hari ini meneliti hujahan pihak pendakwaan dan peguam bela Najib. Sekiranya mahkamah mendapati kes prima facie, Najib akan diarahkan membela diri terhadap semua tuduhan tersebut.
Keputusan akhir mengenai bersalah atau tidak akan dibuat selepas proses pembelaan.
#OhmediaNasihat
Perbicaraan adalah satu proses penting untuk keadilan. Menjalani perbicaraan dengan telus akan membantu menegakkan keadilan dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.
