“Hati-hati dengan fitnah yang disebar tentang orang lain” -Vivy Yusof

“Hati-hati dengan fitnah yang disebar tentang orang lain” -Vivy Yusof

Usahawan terkenal Vivy Yusof tampil memuat naik beberapa hantaran di Insta Story dengan meminta agar sesetengah pihak untuk berhati-hati dengan fitnah yang disebar tentang orang lain.

Hal ini susulan nama usahawan terbabit yang ‘dipetik’ apabila tular berita tentang kerugian pelaburan dibuat oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak RM47 juta.

Vivy Yusof maklumkan banyak perkara ingin diperkata

Dalam hantaran tersebut, Vivy menyatakan banyak perkara yang ingin diperkatakan, namun masih menunggu masa yang sesuai.

Ujarnya, buat masa ini dia hanya ingin membiarkan sahaja sesetengah individu berkata tentang apa yang mereka mahu.

“Begitu banyak yang saya ingin katakan tetapi pada masa yang sesuai, insyaAllah,” 
“Buat masa ini, saya akan biarkan orang berkata apa yang mereka mahu. hanya berhati-hati dengan fitnah yang anda sebarkan tentang orang lain,” ujarnya.

Artikel lain: Netizen gesa Vivy Yusof beri penjelasan punca Khazanah & PNB rugi RM43.9 juta

Vivy Yusof seakan berada dalam keadaan kurang sihat

Dia yang memuat naik gambar seperti berada di katil hospital dan sedang menerima rawatan telah menyatakan dirinya mahu ‘bertarung’ dengan keadaan kesihatannya dahulu.

Dia juga mengatakan akan berkongsi perkara yang sedang hebat diperkatakan ketika ini tidak lama lagi.

vivy yusof

Terdahulu, Nama usahawan yang juga pengasas bersama Fashion Valet, Vivy Yusof menjadi bualan apabila Khazanah dan PNB memperoleh RM3.1 juta hasil penjualan saham dalam platform e-dagang fesyen, Fashion Valet Sdn Bhd (Fashion Valet) kepada syarikat Bumiputera, NXBT Partners pada 2023.

Difahamkan, jumlah itu diperoleh berbanding pelaburan RM47 juta yang dibuat Khazanah dan PNB pada 2018, masing-masing RM27 dan RM20 juta untuk pegangan minoriti dalam Fashion Valet.

Disebabkan itu, netizen di media sosial telah menggesa Vivy untuk memberi penjelasan berhubung isu tersebut yang masih lagi menjadi tanda tanya.

Sumber: Instagram vivyyusof

Scroll to Top