am@hmetro.com.my
Alor Setar: Keadaan banjir di Kedah semakin pulih apabila hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kota Setar beroperasi ketika ini.
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melaporkan, sembilan PPS di tiga daerah iaitu Baling, Pokok Sena dan Kota Setar sudah ditutup sepenuhnya hari ini.
PPS di daerah Kota Setar mencatatkan bilangan mangsa seramai 107 mangsa daripada 31 keluarga.
Ini berikutan kebanyakan mangsa dibenarkan pulang ke rumah selepas air surut sepenuhnya hari ini.
Sementara itu, laman Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan dua sungai di Kota Setar melebihi paras bahaya.
Antara sungai terbabit adalah Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR dan Sungai Kedah di Jambatan Lebuhraya.
© New Straits Times Press (M) Bhd



