Harapan isteri nak hamil punah, doktor sahkan suami tiada sperma

Harapan isteri nak hamil punah, doktor sahkan suami tiada sperma

Setiap pasangan yang telah berumah tangga pastinya mahukan cahaya mata bagi melengkapi kehidupan berkeluarga. Walau bagaimanapun, tak semua diberi rezeki cepat dan dapat menimang cahaya mata dalam usia perkahwinan yang masih baru.

Malah, ada yang sanggup berkahwin lain atau menceraikan isteri setelah mendapat tahu isteri mereka sukar hamil selain dituduh mandul.

Terbaru, seorang doktor perubatan berkongsi kisah seorang isteri terpaksa menerima hakikat sebenar di mana air mani suaminya tidak mempunyai sperma.

Menerusi perkongsian di laman TikTok @drnurulmutmainah2, dilihat dia sedang mengimbas kesuburan seorang wanita yang dipercayai baru mengambil ubat kesuburan.

Hasil pemeriksaan mendapati wanita tersebut memiliki sebuah telur matang yang sangat cantik membolehkan dia memiliki zuriat.

Walau bagaimanapun, kegembiraan wanita tersebut hanyalah sementara sebaik sahaja ujian mengesahkan sperma suaminya adalah 0%.

Dr. Nurul Mutmainah berkata, walaupun hal tersebut sukar untuk diterima namun itulah hakikat sebenar yang tidak boleh diketepikan.

Jelasnya, gaya hidup kurang sihat seseorang boleh menjadi punca ketidaksuburan sehingga menjejaskan penghasilan sperma yang berkualiti seperti merokok.

@drnurulmutmainah2

Harap xde yang komen atuk, member, jiran merokok anak sedozen 🤭 effect rokok ni tak sama yer setiap org

♬ sonido original – Gmn_alexandra 9/3/22❤️

Perkongsian bersifat pendidikan kesedaran itu menerima pelbagai reaksi di kalangan warganet di mana ramai kesal apabila kaum wanita sahaja perlu disalahkan jika mereka gagal memberikan zuriat. Sedangkan, lelaki juga harus dipersalahkan kerana ia melibatkan dua pihak.

Selain itu, ada yang mengatakan ia agak susah untuk menegur tabiat lelaki yang suka merokok dalam hidup mereka. Tidak kurang juga terdapat warganet mengatakan tindakan suami mengurangkan atau berhenti merokok telah membuatkan mereka mudah hamil dari sebelum ini.

Sumber: TikTok @drnurulmutmainah2