Harga minyak jatuh, Brent di bawah AS$80 di tengah-tengah harapan pemulihan aliran Selat Hormuz

Harga minyak jatuh, Brent di bawah AS di tengah-tengah harapan pemulihan aliran Selat Hormuz
Harga minyak jatuh, Brent di bawah AS di tengah-tengah harapan pemulihan aliran Selat Hormuz

Selat Hormuz merupakan antara laluan transit minyak paling kritikal di dunia.

HARGA minyak jatuh mendadak pada Selasa dengan minyak mentah Brent merosot ke bawah US$80 setong buat kali pertama sejak awal Mac, berikutan jangkaan perjanjian antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran untuk membuka semula Selat Hormuz sekali gus meredakan kebimbangan bekalan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent turun kira-kira empat peratus kepada US$79.8 setong pada 1235 GMT, manakala penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI) turut merosot 4.3 peratus kepada US$77.3, ketika para pedagang mengambil kira prospek pemulihan aliran minyak mentah dari rantau Teluk.

Harga minyak kini menuju ke arah penurunan berturut-turut yang paling lama bagi tahun ini, didorong oleh jangkaan bahawa perjanjian interim AS-Iran mampu membantu memulihkan laluan perkapalan melalui Selat Hormuz, yang merupakan antara laluan transit minyak paling kritikal di dunia.

Perjanjian yang dinanti-nantikan itu dijangka ditandatangani di Switzerland pada Jumaat ini. – Bernama-Anadolu

Scroll to Top