Harga runcit RON97 naik 3 sen, RON95 dan diesel kekal

Harga runcit RON97 naik 3 sen, RON95 dan diesel kekal

kartika@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Harga runcit RON95 kekal pada RM2.05 seliter, manakala harga RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.19 kepada RM3.22 seliter bagi tempoh 26 Disember 2024 hingga 1 Januari 2025.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini berkata, harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia juga akan kekal pada RM2.95 seliter, manakala di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga akan kekal pada RM2.15 seliter dalam tempoh yang sama.

MOF berkata, harga itu ditetapkan berdasarkan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat terpelihara,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top