Cools (kanan) ketika sidang akhbar praperlawanan pada Isnin. – Foto FB FAM
HARIMAU Malaya melaungkan amaran bahawa mereka akan turun habis-habisan ketika menentang Taiwan dalam dalam aksi kedua Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Perbandaran Taipei pada Selasa.
Kapten Malaysia, Dion Cools berkata, semua pemain juga sedar ia perlawanan penting buat pasukan kebangsaan dan perlu meraih tiga mata dalam perlawanan yang dijangka sukar itu.
“Ini perlawanan penting dalam enam perlawanan dan kami telah menang satu perlawanan (menentang Kyrgysztan). Semua pemain melakukan persiapan sehabis baik.
“Ini juga peluang terbaik untuk kami (untuk kukuhkan misi mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia) dan kami juga tahu esok perlawanan yang sukar.