
Skuad Harimau Malaya menjalani latihan di Qatar.
SKUAD Harimau Malaya tidak perlu untuk rasa rendah diri walaupun dianggap sebagai pasukan bukan pilihan dalam Kumpulan E saingan Piala Asia di samping Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.
Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, pemain negara perlu menerapkan mentaliti mampu bersaing dan dalam masa sama tampil dengan semangat luar biasa untuk melakar kejutan dalam aksi kumpulan itu.
Menurutnya, perkara paling utama adalah kemampuan Harimau Malaya untuk bersedia sepenuhnya dan berada pada tahap terbaik dalam setiap perlawanan.
“Kita tidak perlu rasa pasukan kita kurang baik dalam kumpulan tersebut kerana dalam beberapa perlawanan sebelum ini iaitu persahabatan dan Kelayakan Piala Asia/Piala Dunia kita mendapat keputusan yang baik.



