Hasrat jumpa MK K-Clique tertunai, peminat cilik meninggal dunia akibat kanser

Hasrat jumpa MK K-Clique tertunai, peminat cilik meninggal dunia akibat kanser

Peminat cilik penyanyi rap, MK K-Clique iaitu Putra Raykarl Mikail menghembuskan nafas terakhir akibat kanser neuroblastoma tahap empat, semalam.

Berita duka tersebut dikongsi ibu kanak-kanak berusia tujuh tahun itu yang dikenali sebagai Rienna menerusi sebuah posting di laman Facebook.

Bagi MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, ia pastinya mengundang rasa hiba dengan memuat naik beberapa posting InstaStory mengenang pemergiaan si cilik tersebut.

Menerusi posting berkenaan, MK mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di syurga Allah selain mengucapkan takziah kepada ahli keluarga.

Terdahulu, MK telah merealisasikan impian Raykarl bagi bertemu dengannya termasuk menziarahi kanak-kanak itu di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pada tahun 2019.

Setelah berjuang sekian lama, rehatlah di alam sana. Semoga arwah ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin!

Sumber: Facebook Rienna , Instagram MK K-Clique

Scroll to Top