Hasrat Rachel pertahan gelaran Terbuka China lebur di suku akhir

Hasrat Rachel pertahan gelaran Terbuka China lebur di suku akhir

Kuala Lumpur: Kempen skuad skuasy negara pada Terbuka China berakhir selepas sandaran terakhir mereka yang juga juara bertahan Rachel Arnold tersingkir di suku akhir di Shanghai hari ini.

Pemain bukan pilihan itu tewas 7-11, 1-11, 11-6, 6-11 kepada pilihan utama dari Mesir, Hania El Hammamy dalam pertarungan selama 37 minit yang berlangsung di Pusat Tenis Xian Xia.

Di separuh akhir Hania akan berdepan pilihan keempat dari Jepun Satomi Watanabe yang menewaskan pilihan kelapan dari Mesir Sana Ibrahim, 11-9, 11-8, 11-4, dalam satu lagi aksi suku akhir.

Tahun lalu, Rachel merangkul gelaran berkenaan selepas menang ke atas Farida Mohamed dari Mesir 11-5, 11-8, 11-8.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top