Hati Kental Farah Lee, Belum Sampai Malaysia Dah Minta Izin Suami Mahu Kembali Sertai Misi Kemanusiaan

Hati Kental Farah Lee, Belum Sampai Malaysia Dah Minta Izin Suami Mahu Kembali Sertai Misi Kemanusiaan

Aktivis dan personaliti media sosial, Farah Lee, sekali lagi membuktikan jiwa kentalnya apabila mengakui tidak pernah serik menyertai misi kemanusiaan, malah bersedia untuk turun padang semula jika diberi peluang.

Perkara itu dikongsikan oleh suaminya, Fuad Hashim, menerusi hantaran di Instagram yang memaparkan tangkap layar perbualan mereka berdua.

Menerusi mesej tersebut, Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli, yang ketika itu masih belum pulang ke tanah air, meluahkan hasrat untuk menyertai misi kemanusiaan sekali lagi.

“‘Lepas ini nak pergi lagi hehe,’ tulis Farah.”

“Tak sampai lagi Malaysia, Farah dah minta izin nak pergi lagi,” kongsi Fuad.

Perkongsian itu turut tular di platform Threads hingga telah menarik perhatian ramai yang membanjiri ruangan komen dengan pujian terhadap keberanian dan keikhlasan Farah.

Rata-rata netizen menyifatkan ibu anak satu itu sebagai wanita berhati mulia, bersemangat wajar serta menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai.

Scroll to Top