Hatrik pertama Mahrez bersama City

England: Pemain sayap, Riyad Mahrez merekodkan hatrik pertama bersama Manchester City apabila membantu pasukan itu membelasah Burnley di Stadium Etihad semalam.

Dengan itu, Mahrez sekaligus mencipta rekod peribadi dengan menjadi pemain Afrika keenam berjaya mencapai penglibatan 100 gol dalam kancal Liga Perdana Inggeris.

Dalam perlawanan itu, pemain kebangsaan Algeria itu menjaringkan dua gol dalam babak pertama sebelum menambah satu lagi iaitu pada minit ke-69. Dua gol lagi disumbangkan masing-masing oleh Benjamin Mendy dan Ferran Torres.

Sememangnya dengan kemenangan ini akan menutup kritikan terhadap pasukan bimbingan Pep Guardiola yang bermula dengan agak goyah pada awal musim ni.

Selain itu, kemenangan ini juga telah menamatkan enam perlawanan liga berturut-turut yang mana City tidak berjaya menjaringkan lebih daripada satu gol.

Setakat ini, City yang kekurangan satu perlawanan berada di kedudukan sementara ke-8 liga, enam mata dibelakang Liverpool.

Selepas ini, Manchester City akan bertemu FC Porto pada awal pagi selasa ini untuk kempen Liga Juara-Juara Eropah.

Akmal Hakim
Sports Desk