Pereka fesyen tersohor, Hatta Dolmat, mencuri perhatian apabila memuji dan memberi kata-kata semangat kepada isteri penyanyi Nubhan, Dr.Fie Tawfek selepas sesi tata rias serta penampilan terbaharu wanita itu di pentas peragaan baru-baru ini.
Mankala, Dr. Fie menerusi perkongsian di media sosial pula meluahkan rasa syukur dan terharu dengan sentuhan Hatta yang disifatkannya bukan sahaja profesional, malah berjaya mengembalikan keyakinannya.
“Bersyukur untuk Hatta Dolmat kerana menata rias saya sehinggakan saya rasa diri saya absolutely stunning.
“Ini adalah pengalaman yang tak dapat saya lupakan dan berharap ini adalah langkah awal untuk banyak lagi runaways dan pengalaman manis yang tak dapat dilupakan dikedepannya.
“You are super nice. Terima kasih kerana mengubungi saya pada awalnya. Saya dah dapat semula keyakainan saya,” katanya.

Sedar dengan komen dan pujian yang diberikan, Hatta kemudian sempat memberikan komen balas pada hantaran berkenaan sekali gus menyifatkan Dr. Fie sebagai wanita hebat.
“Semoga wanita-wanita hebat kekal tenang dan hebat seperti Dr Fie.
“Masyaa-Allah tabarakallah, gembira dengar perkaraa itu. Terus bersemangat Dr.Fie!
“Banyak di luar sana yang dukung semangat. Moga yang baik-baik sahaja inshaa-Allah nanti kita jumpa lagi,” jelasnya.






