Hazwani Helmi sertai misi G walau sedar bahaya, Opai persoal: “Lepas itu, kenapa kau pergi lagi?”

Hazwani Helmi sertai misi G walau sedar bahaya, Opai persoal: “Lepas itu, kenapa kau pergi lagi?”

Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Hazwani Helmi tampil menjelaskan mengapa dia masih memilih untuk menyertai misi bantuan ke Gaza meskipun pernah melalui pengalaman getir yang berisiko sebelum ini.

Kenapa pergi lagi?

Hazwani Helmi sertai misi G walau sedar bahaya, Opai persoal: “Lepas itu, kenapa kau pergi lagi?”

Menerusi perkongsian di Threads, Hazwani berkata, detik-detik mencemaskan yang pernah dilaluinya, termasuk situasi mengancam nyawa, namun ia bukan alasan untuk berundur. Sebaliknya, pengalaman tersebut menjadi pemangkin untuknya terus berbakti kepada golongan yang memerlukan bantuan, khususnya di kawasan konflik.

“Kalau Allah letakkan kita di mana-mana tetap ada risiko sebagai manusia.
“Akhirnya kita akan tetap kembali, itu pasti. Maka, buat lah pilihan berbakti sebelum kembali,” katanya, menggambarkan pendiriannya terhadap soal kehidupan dan tanggungjawab sebagai insan.

Screenshot

Penjelasan itu dibuat selepas suami kepada pelakon Fatin Afeefa, iaitu Aliff Awang, mempersoalkan tindakannya yang kembali menyertai misi kemanusiaan walaupun sudah sedia maklum tentang bahaya yang mungkin dihadapi.

Artikel lain: Hazwani Helmi kagum lihat semangat Ardell – “Kami saksi dia sangat membantu dalam kapal”

Terdahulu, Hazwani pernah berkongsi pengalaman kurang menyenangkan ketika menyertai misi bantuan sebelum ini, apabila dia dan pasukannya didakwa ditahan dalam satu insiden pada tahun lalu. Sepanjang tempoh berada dalam tahanan, mereka dikatakan tidak dibekalkan keperluan asas seperti air minuman dan ubat-ubatan.

Bagaimanapun, menurut Hazwani, keadaan berubah secara tiba-tiba selepas mereka dibebaskan. Mereka diberikan air mineral dan roti, yang disifatkannya seolah-olah satu usaha untuk membentuk persepsi bahawa mereka telah menerima layanan yang baik sepanjang berada dalam tahanan.

Walau berdepan pengalaman sedemikian, Heliza menegaskan komitmennya untuk terus terlibat dalam misi kemanusiaan tidak akan luntur, selagi dirinya masih diberi peluang dan kemampuan untuk membantu.

Sumber: Threads hazwanihelmi

Scroll to Top