Malaysia sedia ‘perangkap’ Pakistan Oleh ROZAIDI ZULKIFLI rozaidi.zulkifli@mediamulia.com.my IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan, kita berkali lebih baik daripada Pakistan yang berlatih dalam tempoh singkat berbanding kita yang bermula 19 Mac lalu dan bagi saya untuk mencatat kemenangan menentang Pakistan sebenarnya bukan satu masalah. “Paling penting pemain sendiri kena bermain dengan penuh keyakinan dan mengikut segala taktikal yang direncana oleh barisan jurulatih pada aksi esok (hari ini),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Untuk rekod, pertemuan terakhir Speedy Tigers menentang Pakistan di pentas PSAS 2022 adalah pada November 2022 yang berakhir dengan keputusan 1-1 dan edisi ke-29 itu juga menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama selepas 39 tahun di kejohanan berkenaan. Ketika ditanya mengenai keharmonian dalam pasukan, Azrul menyifatkan semuanya tampak baik antara pemain junior mahupun senior. “Saya lihat apabila ke mana-mana semua sekali, dan tiada jurang besar antara pemain senior dan junior. “Keharmonian pasukan semua baik dan semua sudah bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan esok (hari ini,” jelasnya. Selepas menentang Pakistan, skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia akan menentang Kanada (5 Mei), juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan,… … Read more

“Aku dah kata, yang kantoi 11 orang itu dalam sistem…” -Sajat

“Aku dah kata, yang kantoi 11 orang itu dalam sistem…” -Sajat

“Aku dah kata, yang kantoi 11 orang itu dalam sistem…”  Nampaknya, usahawan kontroversi, Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad bin Kamaruz Zaman tidak mahu ketinggalan mengulas isu panas industri seni Tanah Air dengan menyatakan dirinya pernah memberitahu suatu perkara yang kini terjadi lagi. Sajat dah bagitahu haritu Dalam ciapan Sajat di platform X, dia seakan … Read more

'Saya terima wang selit itu seikhlas hati'

'Saya terima wang selit itu seikhlas hati'

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my Shah Alam: “Ini cara suami beri nafkah semampunya kerana suami tidak mampu memberi banyak sekali gus setiap bulan, jadi dia beri wang antara RM1 hingga RM10 setiap hari ikut hasil dia peroleh dengan mengambil upah mengutip sampah,” kata Siti Mariam Elias. “Saya bersyukur biarpun dapat sedikit, saya tidak mahu meminta-minta kerana saya tahu keadaan … Read more

'Anwar memimpin penggal yang kedua, itu idaman kita' – Saifuddin Nasution

'Anwar memimpin penggal yang kedua, itu idaman kita' – Saifuddin Nasution

khairil.ashraf@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Pakatan Harapan (PH) berhasrat meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memimpin negara ini bagi penggal kedua pada masa akan datang. Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini disebabkan Anwar yang kini memimpin negara masih lagi sihat. “Dari segi kesihatan, beliau jauh lebih baik daripada saya. Kecuali kecederaan bahu dia … Read more

Itu bukan 'love bite' – Yazmin Aziz

Itu bukan 'love bite' – Yazmin Aziz

Kuala Lumpur: Penyanyi, Yazmin Aziz menafikan kesan merah di lehernya adalah gigitan cinta (love bite) seperti didakwa netizen beberapa hari lalu dalam hantaran video yang dimuat naik di TikToknya. Yazmin kemudiannya memuat naik semula video sama di Instagram dengan penerangan ringkas menafikan perkara itu. “Bukan. Itu bukan ‘love bite’,” tulisnya. Terdahulu, video nyanyian ‘cover’ lagu … Read more

Belum Berhijab ‘Sepenuhnya’, Namun Lia Natalia Punyai Hasrat Dan Sedang Berusaha Ke Arah Itu!  – Hijabista

Belum Berhijab ‘Sepenuhnya’, Namun Lia Natalia Punyai Hasrat Dan Sedang Berusaha Ke Arah Itu!  – Hijabista

Cara hidup masa kini yang lebih menjurus ke arah barat dan moden mungkin punca kita selalu lupa dan alpa akan ajaran yang diajar oleh baginda Rasullullah. Sebenarnya Rasulullah banyak memberi contoh kepada kita tentang bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat. Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. … Read more

Tiga jam itu hanya tokok tambah – Ruhainies

Tiga jam itu hanya tokok tambah – Ruhainies

KUALA LUMPUR – Pelakon, Ruhainies kembali memberi tumpuan kepada karier seni selepas dirinya dihimpit kontroversi isu khalwat baru-baru ini. Ruhainies atau Nur Ruhainiess Farehah Zainul Ilyas seperti biasa menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur demi tanggungjawab dan komitmen yang dijanjikan sebelum ini. Kata pelakon berusia 32 tahun itu, dia tidak perlu takut kerana berada di … Read more

Mokhzani Ismail nafi ada penjurian awal AJL38 – “Sebagai ketua juri, saya sangkal dakwaan itu”

Mokhzani Ismail nafi ada penjurian awal AJL38 – “Sebagai ketua juri, saya sangkal dakwaan itu”

Ketua juri Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38), Datuk Mokhzani Ismail nafi ada penjurian awal AJL38 bagi lagu-lagu yang dipertandingkan di acara berkenaan. Menurut Mokhzani, juri termasuk dirinya hanya mengadakan sesi pra dengar bagi mendapatkan gambaran mengenai lagu-lagu yang akan dipertandingkan, lapor Media Hiburan. Foto: Media Hiburan “Apabila kita menjurikan AJL, ia bukan sekadar mendengar. Kalau … Read more

Saya tak pernah cakap macam itu – Rozita Che Wan

Saya tak pernah cakap macam itu – Rozita Che Wan

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Rozita Che Wan menolak tuduhan dia menghina dan memandang rendah golongan B40 ketika bersiaran langsung di media sosialnya baru-baru ini. Kata Rozita atau Che Ta, dakwaan tersebut sama sekali tidak benar dan diada-adakan untuk menabur kebencian masyarakat kepadanya. “Saya tak pernah cakap macam itu. Saya tak tahu portal mana (salah … Read more