Malaysia sedia ‘perangkap’ Pakistan Oleh ROZAIDI ZULKIFLI rozaidi.zulkifli@mediamulia.com.my IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan, kita berkali lebih baik daripada Pakistan yang berlatih dalam tempoh singkat berbanding kita yang bermula 19 Mac lalu dan bagi saya untuk mencatat kemenangan menentang Pakistan sebenarnya bukan satu masalah. “Paling penting pemain sendiri kena bermain dengan penuh keyakinan dan mengikut segala taktikal yang direncana oleh barisan jurulatih pada aksi esok (hari ini),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Untuk rekod, pertemuan terakhir Speedy Tigers menentang Pakistan di pentas PSAS 2022 adalah pada November 2022 yang berakhir dengan keputusan 1-1 dan edisi ke-29 itu juga menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama selepas 39 tahun di kejohanan berkenaan. Ketika ditanya mengenai keharmonian dalam pasukan, Azrul menyifatkan semuanya tampak baik antara pemain junior mahupun senior. “Saya lihat apabila ke mana-mana semua sekali, dan tiada jurang besar antara pemain senior dan junior. “Keharmonian pasukan semua baik dan semua sudah bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan esok (hari ini,” jelasnya. Selepas menentang Pakistan, skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia akan menentang Kanada (5 Mei), juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan,… … Read more

BATC 2024: Mental pemain ‘goyah’ dengan perubahan taktikal

BATC 2024: Mental pemain ‘goyah’ dengan perubahan taktikal

Rexy Mainaky. Foto fail Bernama PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mengakui mental pemain negara sedikit ‘goyah’ selepas terpaksa berhadapan dengan perubahan taktikal pada aksi final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 menentang China, pada Ahad. Situasi itu berlaku apabila dua tonggak perseorangan utama negara, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong direhatkan … Read more

Insa diturunkan sebahagian taktikal Pan-gon?

Insa diturunkan sebahagian taktikal Pan-gon?

PENGENDALI pasukan bola sepak negara, Kim Pan-gon membuat satu pertukaran yang memberi kesan dan mempengaruhi kekalahan 0-1 skuad Harimau Malaya ketika semua mengharapkan momentum sama dikekalkan Malaysia pada separuh masa kedua menentang Bahrain pada Sabtu, Kekalahan pada aksi kedua Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 di Stadium Jassim bin Hamad itu menutup terus peluang Malaysia … Read more

Perubahan taktikal punca Jepun tewas mengejut

Perubahan taktikal punca Jepun tewas mengejut

Aksi pemain Jepun dan Iraq ketika perlawanan Kumpulan D Piala Asia pada Jumaat. FOTO: AFP PENGENDALI Jepun, Hajime Moriyasu mengakui perubahan taktikal yang dilakukannya menjadi punca pasukan itu tewas mengejut kepada Iraq 1-2 dalam aksi Kumpulan D Piala Asia pada Jumaat. Juara Asia empat kali itu bolos pada awal dan akhir separuh masa pertama menerusi … Read more

Pan-gon pertahan taktikal

Pan-gon pertahan taktikal

Reaksi pemain Malaysia selepas perlawanan di antara Malaysia menentang Jordan bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub hari ini. Foto: Bernama PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon mempertahankan taktikal yang digunakannya ketika tunduk kepada Jordan 0-4 dalam aksi pembukaan Kumpulan E Piala Asia di Stadium Al Janoub, Doha pada awal pagi … Read more

Taktikal permainan teratur bantu Tajikistan julang Piala Merdeka 2023

Taktikal permainan teratur bantu Tajikistan julang Piala Merdeka 2023

KUALA LUMPUR – Pengurus pasukan Tajikistan Petar Segart menyifatkan kemenangan bersejarah skuadnya menjuarai Piala Pestabola Merdeka 2023 menewaskan tuan rumah Malaysia dalam penampilan sulungnya dalam edisi ke-42 itu di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi hasil semangat berpasukan. Katanya, tahap disiplin tinggi skuad muda purata berusia 21 tahun itu serta aksi taktikal yang terancang di … Read more

Taktikal UiTM United jerat habis YPM di Shah Alam

Taktikal UiTM United jerat habis YPM di Shah Alam

Pemain UiTM United meraikan kejayaan merangkul kejuaraan Piala Al-Ikhsan 2023 selepas menjinakkan YPM FC, 2-1 di Stadium UiTM, Shah Alam. KEJAYAAN UiTM United dalam penampilan sulung saingan Liga M4 merangkul kejuaraan Piala Al-Ikhsan 2023 selepas menjinakkan Yayasan Pahang Maintenance (YPM FC), 2-1 adalah hasil persiapan rapi pasukan. Malah pengendali UiTM United, Mohd Yazli Yahya juga … Read more