OIC, GCC sambut baik resolusi PBB mengenai usaha Palestin untuk keanggotaa penuh

JEDDAH – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat menyambut baik penerimaan resolusi bersejarah oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan majoriti besar yang menekankan bahawa Palestin layak mendapat keanggotaan penuh dan memberikan hak tambahan kepadanya. Dalam kenyataan, OIC menyatakan bahawa resolusi ini mencerminkan konsensus antarabangsa dalam menyokong hak sah rakyat Palestin, termasuk penentuan nasib … Read more

Malaysia sedia ‘perangkap’ Pakistan Oleh ROZAIDI ZULKIFLI rozaidi.zulkifli@mediamulia.com.my IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan, kita berkali lebih baik daripada Pakistan yang berlatih dalam tempoh singkat berbanding kita yang bermula 19 Mac lalu dan bagi saya untuk mencatat kemenangan menentang Pakistan sebenarnya bukan satu masalah. “Paling penting pemain sendiri kena bermain dengan penuh keyakinan dan mengikut segala taktikal yang direncana oleh barisan jurulatih pada aksi esok (hari ini),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Untuk rekod, pertemuan terakhir Speedy Tigers menentang Pakistan di pentas PSAS 2022 adalah pada November 2022 yang berakhir dengan keputusan 1-1 dan edisi ke-29 itu juga menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama selepas 39 tahun di kejohanan berkenaan. Ketika ditanya mengenai keharmonian dalam pasukan, Azrul menyifatkan semuanya tampak baik antara pemain junior mahupun senior. “Saya lihat apabila ke mana-mana semua sekali, dan tiada jurang besar antara pemain senior dan junior. “Keharmonian pasukan semua baik dan semua sudah bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan esok (hari ini,” jelasnya. Selepas menentang Pakistan, skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia akan menentang Kanada (5 Mei), juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan,… … Read more

Hamas dah terima maklum balas Israel mengenai cadangan gencatan senjata

Istanbul: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas mengumumkan pada Sabtu bahawa ia telah menerima maklum balas rasmi daripada Israel mengenai satu cadangan pertukaran tawanan dan gencatan senjata yang dihantar kepada Mesir dan Qatar pada 13 April lepas, lapor Agensi Anadolu (AA). © New Straits Times Press (M) Bhd

Mesyuarat OIC minggu depan bincang mengenai Palestin

ANKARA – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) pada Jumaat berkata badan itu akan mengadakan mesyuarat luar biasa Majlis Menteri-menteri Luar pada 5 Mac untuk membincangkan pencerobohan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin. OIC dalam satu kenyataan berkata, sesi itu akan berlangsung di ibu pejabat di bandar Jeddah, Arab Saudi, lapor Agensi Anadolu (AA). November lepas, OIC dan … Read more

Prabowo didakwa minta nasihat mengenai pembentukan Kabinet

JAKARTA: Calon presiden, Prabowo Subianto didakwa meminta nasihat daripada bekas Presiden Indonesia keenam, Susilo Bambang Yudhoyono untuk membentuk Kabinet kerajaan yang ideal. Perkara itu dinyatakan oleh penganalisis politik dari Universiti Esa Unggul, Jamiluddin Ritonga. Lapor Kompas.com, Jamiluddin menganggap Susilo Bambang yang popular dengan panggilan SBY mempunyai pengalaman membentuk Kabinet kerana sudah 10 tahun menjadi presiden.… … Read more