Malaysia sedia ‘perangkap’ Pakistan Oleh ROZAIDI ZULKIFLI rozaidi.zulkifli@mediamulia.com.my IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan, kita berkali lebih baik daripada Pakistan yang berlatih dalam tempoh singkat berbanding kita yang bermula 19 Mac lalu dan bagi saya untuk mencatat kemenangan menentang Pakistan sebenarnya bukan satu masalah. “Paling penting pemain sendiri kena bermain dengan penuh keyakinan dan mengikut segala taktikal yang direncana oleh barisan jurulatih pada aksi esok (hari ini),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Untuk rekod, pertemuan terakhir Speedy Tigers menentang Pakistan di pentas PSAS 2022 adalah pada November 2022 yang berakhir dengan keputusan 1-1 dan edisi ke-29 itu juga menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama selepas 39 tahun di kejohanan berkenaan. Ketika ditanya mengenai keharmonian dalam pasukan, Azrul menyifatkan semuanya tampak baik antara pemain junior mahupun senior. “Saya lihat apabila ke mana-mana semua sekali, dan tiada jurang besar antara pemain senior dan junior. “Keharmonian pasukan semua baik dan semua sudah bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan esok (hari ini,” jelasnya. Selepas menentang Pakistan, skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia akan menentang Kanada (5 Mei), juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan,… … Read more

Raf Yaakob ‘angau’ selepas pertemuan tanpa sengaja – “Awak buat hati saya bergetar”

Pelakon dan usahawan, Raf Yaakob meluahkan rasa ‘angaunya’ selepas asyik bertembung dengan seorang wanita beberapa kali sejak kebelakangan ini. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Raf memuat naik satu foto memaparkan wanita yang telah berjaya membuatkan hatinya bergetar. Namun begitu, Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob merahsiakan identiti wanita itu dengan menutup wajahnya menggunakan … Read more

Jordan tak pandang mudah pertemuan dengan Qatar

Hussein Ammouta (kiri) dan Salem Al Jalin ketika menjawab pertanyaan pemberita pada sidang media pra-perlawanan akhir di antara Jordan dan Qatar Piala Asia 2023 di Pusat Media Utama pada Jumaat. – Foto: Bernama KETUA jurulatih Jordan, Hussein Ammouta meramalkan pasukan itu bakal berdepan tugas berat menentang juara bertahan Qatar di Stadium Lusail malam esok. Meskipun … Read more

Pertemuan Arsenal, Liverpool terpaling sengit

[DIKEMAS KINI] PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan keputusan seri 1-1 menentang Liverpool pada Ahad antara perlawanan paling sengit dalam beberapa dekad ketika kelab London utara itu meneruskan pemburuan kemenangan liga di Anfield berterusan. Gol tandukan awal Gabriel memberi harapan kepada Arsenal untuk menang liga pertama di Liverpool sejak 2012 tetapi Mohammed Salah menjaringkan gol penyamaan … Read more

‘Terima kasih atas kepercayaan, pertemuan dengan BAM dalam masa terdekat’ – Tengku Zafrul

TENGKU Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berhubung pemilihannya mengisi jawatan presiden persatuan itu dan hala tuju sukan berkenaan.Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu pada masa sama merakamkan ucapan penghargaan atas kepercayaan BAM terhadapnya. “Saya baru sahaja terima mesej daripada Presiden BAM (Tan Sri Mohamad Norza … Read more