Piala Belia: Pemain muda bertumbuk, tendangan curi antara pemain

Piala Belia: Pemain muda bertumbuk, tendangan curi antara pemain

KUALA LUMPUR – Kejohanan Piala Belia 2024 bermula dengan kontroversi apabila perlawanan antara Melaka FC dan Sri Pahang FC di Stadium Hang Tuah, Melaka semalam melibatkan pergaduhan antara pemain. Berdasarkan satu klip yang kini tular di media sosial, kelihatan hampir kesemua pemain termasuk yang berada di bangku simpanan terlibat dalam insiden yang bermula dengan tolak-menolak … Read more

Malaysian Tigress belasah Vietnam di Piala Asia 2024

Malaysian Tigress belasah Vietnam di Piala Asia 2024

SKUAD hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand pada Isnin. Kemenangan itu sekali gus memberi tiga mata buat pasukan negara yang diberi julukan Malaysian Tigress dalam misi mereka merebut kejuaraan sekali gus memperbaiki pencapaian tahun lepas iaitu di tempat ketiga, … Read more

Jepun juara Piala Sultan Azlan Shah 2024

Jepun juara Piala Sultan Azlan Shah 2024

IPOH: Jepun berjaya menamatkan penantian selama 37 tahun untuk menjulang Piala Sultan Azlan Shah(PSAS) buat kali pertama selepas menewaskan Pakistan 4-1 menerusi penentuan penalti pada aksi final kejohanan edisi ke-30 di Ipoh, hari ini. Untuk rekod, pencapaian terbaik diraih pasukan Samurai sejak kali pertama menyertai kejohanan itu pada tahun 1987 adalah menamatkan saingan di tempat … Read more

Piala Sumbangsih: Selangor FC tarik diri, JDT dapat tiga mata

Piala Sumbangsih: Selangor FC tarik diri, JDT dapat tiga mata

Kenyataan media MFL berhubung pembatalan aksi Piala Sumbangsih. LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) pada Khamis memutuskan bahawa perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat dibatalkan. Pembatalan tersebut selepas Selangor FC membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan tersebut bagi menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT). MFL … Read more

Piala Sumbangsih: Selangor tarik diri atas faktor keselamatan

Piala Sumbangsih: Selangor tarik diri atas faktor keselamatan

KUALA LUMPUR – Selangor FC mengambil keputusan menarik diri daripada aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim Jumaat ini selepas mengambil kira aspek keselamatan sebagai faktor utama. Kelab itu dalam satu kenyataan berkata, walaupun keputusan itu berat, ia dianggap wajar bagi menjamin keselamatan pemain selepas bintang utamanya, Faisal Halim yang … Read more

MFL tolak permohonan Selangor, Piala Sumbangsih diteruskan

MFL tolak permohonan Selangor, Piala Sumbangsih diteruskan

KUALA LUMPUR – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menolak permohonan Selangor FC untuk menangguhkan tarikh aksi Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat ini. MFL dalam satu kenyataan berkata, perlawanan berkenaan akan diteruskan pada tarikh ditetapkan selepas mendapat jaminan daripada pihak keselamatan daripada polis. “Dengan persiapan keselamatan dilakukan pihak … Read more

Selangor FC mohon Piala Sumbangsih Jumaat ini ditunda – Shahril

Selangor FC mohon Piala Sumbangsih Jumaat ini ditunda – Shahril

SHAH ALAM – Selangor FC hari ini telah menghantar permohonan secara rasmi kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) supaya mempertimbangkan cadangan menunda tarikh perlawanan Piala Sumbangsih 2024/2025 melibatkan pasukan itu dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jumaat ini. Aksi pembuka tirai saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim baharu itu dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Timbalan Presiden … Read more

Piala Thomas: Tewas 1-3, Malaysia terus kempunan

Piala Thomas: Tewas 1-3, Malaysia terus kempunan

KUALA LUMPUR – Malaysia terus kempunan menjulang  Piala Thomas selepas tewas 1-3 di tangan juara 10 kali, China pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone sebentar tadi. Kekalahan itu menyaksikan kemarau kejuaraan berterusan sejak kali terakhir mendapak trofi Piala Thomas pada edisi 1992 di Kuala Lumpur. Beregu kedua negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh … Read more

Malaysia sedia ‘perangkap’ Pakistan Oleh ROZAIDI ZULKIFLI rozaidi.zulkifli@mediamulia.com.my IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan, kita berkali lebih baik daripada Pakistan yang berlatih dalam tempoh singkat berbanding kita yang bermula 19 Mac lalu dan bagi saya untuk mencatat kemenangan menentang Pakistan sebenarnya bukan satu masalah. “Paling penting pemain sendiri kena bermain dengan penuh keyakinan dan mengikut segala taktikal yang direncana oleh barisan jurulatih pada aksi esok (hari ini),” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Untuk rekod, pertemuan terakhir Speedy Tigers menentang Pakistan di pentas PSAS 2022 adalah pada November 2022 yang berakhir dengan keputusan 1-1 dan edisi ke-29 itu juga menyaksikan Malaysia muncul juara buat kali pertama selepas 39 tahun di kejohanan berkenaan. Ketika ditanya mengenai keharmonian dalam pasukan, Azrul menyifatkan semuanya tampak baik antara pemain junior mahupun senior. “Saya lihat apabila ke mana-mana semua sekali, dan tiada jurang besar antara pemain senior dan junior. “Keharmonian pasukan semua baik dan semua sudah bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan esok (hari ini,” jelasnya. Selepas menentang Pakistan, skuad hoki negara yang berada di ranking ke-13 dunia akan menentang Kanada (5 Mei), juara dua kali New Zealand (7 Mei), Jepun (8 Mei) dan juara tiga kali Korea Selatan (10 Mei).

IPOH: Pembantu jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Azrul Effendy Bistamam mengingatkan pemain-pemain, tidak perlu berasa gentar untuk turun pada aksi pertama Piala Sultan Azlan Shah (PSAS) 2024 menentang Pakistan di Stadium Azlan Shah, hari ini. Jelasnya, jika dibandingkan daripada segi persediaan pasukan, Malaysia lebih baik berbanding Pakistan bagi mengharungi kejohanan ini. “Jika daripada segi persediaan,… … Read more