AS sertai hoki Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama

AS sertai hoki Piala Sultan Azlan Shah buat kali pertama

IPOH: Amerika Syarikat mencatat sejarah apabila buat pertama kali menyertai Kejohanan Hoki Jemputan Antarabangsa Piala Sultan Azlan Shah 2026 bermula 20 November ini di Stadium Sultan Azlan Shah Ipoh.

Presiden Hoki Perak (PHP), Datuk Mohd Saiyuti Abdul Samad berkata, sebanyak enam pasukan mengesahkan penyertaan pada kejohanan hoki lelaki jemputan antarabangsa itu.

Menurutnya, pasukan terlibat ialah Scotland, Australia, Pakistan, Kanada dan tuan rumah, Malaysia .
.
“Dengan pengesahan Scotland, ia menjadikan enam pasukan menyertai kejohanan jemputan kali ini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, juara 10 kali kejohanan, Australia yang tidak menyertai kejohanan tahun lalu membuat semula kemunculan dalam edisi kali ini.

Juara edisi ke-31, tahun lalu, Belgium bagaimana pun tidak menyertai kejohanan kali ini.

“Pasukan negara akan menyandarkan cabaran kepada ketua jurulatih, Brendon Carolan dari Afrika Selatan,” katanya. – UTUSAN

 

Scroll to Top